CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 396|Reply: 0

El Koki tumpas, El Conejo diburu

[Copy link]
Post time 10-2-2022 03:27 PM | Show all posts |Read mode

CARLOS Luis Revette. FOTO Agensi

Caracas: Penjenayah paling dikehendaki di Venezuela, antara lima individu yang maut dalam operasi dijalankan polis dan tentera, kata Menteri Dalam Negeri, Remigio Ceballos pada Rabu.

Carlos Luis Revette yang juga dikenali sebagai 'El Koki', adalah ketua kumpulan jenayah paling berbahaya di negara Amerika Selatan itu.

"Lima penjenayah cuba menyerang polis terbunuh dalam operasi yang bermula Isnin lalu di Aragua, kira-kira 30 kilometer dari Caracas," kata Ceballos dalam kenyataan.

Kerajaan sebelum ini menawarkan AS$500,000 (kira-kira RM2.09 juta) kepada pemberi maklumat sehingga tertangkapnya Revette.

"Kami juga berjaya menahan 13 lagi penjenayah termasuk empat wanita," katanya.

Operasi itu disertai polis, perkhidmatan perisikan dan beberapa lagi pihak berkuasa negara itu.

Pihak berkuasa kini masih mengesan seorang rakan sekutu Revette yang dikenali sebagai Carlos Enrique Gomes, atau 'El Conejo'.

Kumpulan Revette dituduh sebagai dalang yang membakar kawasan kejiranan miskin di Caracas, mengakibatkan kebakaran selama dua hari pada Julai tahun lalu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.069241 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list