CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 435|Reply: 0

PBB: Iraq selesai bayar pampasan Perang Teluk 1990

[Copy link]
Post time 10-2-2022 03:40 PM | Show all posts |Read mode

Peniaga dan anaknya mendengar ucapan Presiden Iraq ketika itu, Saddam Hussein pada tahun 1997. - Foto fail REUTERS

BAGHDAD: Iraq selesai membuat pembayaran pampasan sebanyak US$52.4 bilion (RM219.2 bilion) kepada individu, syarikat dan kerajaan yang membuktikan kemusnahan yang dialami mereka akibat pencerobohannya di Kuwait pada 1990, kata Jawatankuasa Pampasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Jawatankuasa Pampasan, yang dibentuk oleh Majlis Keselamatan PBB selepas pendudukan Iraq selama tujuh bulan dan kekalahan tentera Presiden Saddam Hussein dalam Perang Teluk kedua yang diketuai Amerika Syarikat (AS), menerima sebahagian daripada hasil jualan minyak, dengan peratusannya berbeza-beza selama 30 tahun dan baru-baru ini tiga peratus," katanya.

Agensi Berita Nasional Iraq (NINA) melaporkan hal itu dengan memetik laporan Reuters.

Secara keseluruhan, Suruhanjaya Pampasan menerima kira-kira 2.7 juta permohonan pampasan, bernilai US$352.5 bilion (RM1.47 trilion) , kata laporan itu.

Namun, jawatankuasa itu meluluskan 1.5 juta permohonan yang memenuhi syarat yang diperlukan, dan pemiliknya menerima US$52.4 juta (RM219.2 juta). Nilai tuntutan terbesar yang diluluskan oleh jawatankuasa untuk pampasan berjumlah US$14.7 bilion (RM61.5 bilion) untuk Kuwait Petroleum Corporation atas kerosakan yang dialaminya selepas tentera Iraq membakar telaga minyak.

NINA melaporkan pembayaran berkenaan digantung antara Oktober 2014 dan April 2018, disebabkan oleh masalah keselamatan dan belanjawan kerajaan semasa memerangi ISIS.

Jawatankuasa Pampasan yang berpangkalan di Geneva berkata, dalam satu kenyataan selepas mesyuarat tertutup Lembaga Pengarahnya: Dengan pembayaran terakhir pampasan pada 13 Januari 2022, semua pampasan yang diluluskan oleh Jawatankuasa kini sudah dibayar sepenuhnya.

Jawatankuasa itu menambah: "Kerajaan Iraq telah memenuhi kewajipan antarabangsanya untuk membayar pampasan kepada semua pemohon yang diluluskan jawatankuasa itu bagi kerugian dan kerosakan yang mereka alami akibat langsung daripada pencerobohan haram Iraq ke atas Kuwait."

Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Bathsheba Crocker, berkata di Twitternya: "Kami memuji Iraq kerana menyelesaikan pembayaran untuk semua permohonan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pampasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu... Ia adalah satu pencapaian bersejarah." – AGENSI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.489684 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list