CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 567|Reply: 0

Bunuh, kerat teman wanita cabar 'kejantanan'

[Copy link]
Post time 13-2-2022 01:19 PM | Show all posts |Read mode

NICHOLAS Peter Scurria. FOTO Agensi

Philadelphia: Seorang lelaki Pennsylvania, Amerika Syarikat tergamak membunuh teman wanitanya dengan parang sebelum mengerat badan mangsa.

Peguam Daerah Delaware County, Jack Stollsteimer berkata, perbuatan lelaki itu adalah tindak balas terhadap apa yang dirasakan sebagai 'ancaman terhadap kejantanannya'

Menurut rekod mahkamah, Nicholas Peter Scurria, 32, ditahan awal pagi semalam dan didakwa dengan dua pertuduhan membunuh, mendera mayat dan memiliki alat melakukan jenayah.

Perbuatan tertuduh terbongkar selepas jirannya yang tinggal di Apartment Willow, Clifton Heights membuat aduan keganasan rumah tangga di talian kecemasan pada jam 4.41 pagi.

Berdasarkan laporan jirannya, mereka terbangun apabila terdengar jeritan dari rumah jirannya itu sebelum tiba-tiba senyap dan mereka mendengar bunyi seperti menggergaji dan mengumpulkan atau pengalihan bahan plastik.

Pegawai polis melihat lampu pada tingkat satu apartmen itu dan berjalan ke belakang sebelum mengintip melalui tingkap bilik tidur dan melihat Scurria sedang duduk di atas katil.

Fox 29 melaporkan, tertuduh dilihat memotong atau menggergaji kaki kiri mangsa wanita dengan parang dengan mayat itu dipancung dan terbaring di atas lantai.

Dalam soal siasat, Scurria memaklumkan dia dan mangsa tinggal bersama dan bertengkar selepas mengakhiri hubungan mereka.

"Defendan mendedahkan semasa pertengkaran itu mangsa pengsan selepas dia berulang kali memukul kepala dan bahagian muka mangsa.

"Dia mengaku melupuskan bukti dengan cara memotong bahagian badan mangsa," katanya.

Scurria mempunyai rekod lampau apabila dipenjara 58 hari atas kesalahan pecah rumah pada 2011.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.075252 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list