CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 771|Reply: 1

Bosan, pengawal keselamatan conteng lukisan berharga pada pameran

[Copy link]
Post time 13-2-2022 11:21 PM | Show all posts |Read mode


MOSCOW: Pengawal keselamatan yang bertugas di galeri seni di barat-tengah Rusia dipecat pada hari pertama dia bekerja kerana merosakkan lukisan berharga.
Pengawal itu didakwa melukis mata di dua dari tiga lukisan yang tidak berwajah dalam karya seni itu kerana dia “bosan”.

Insiden vandalisme ini berlaku di Pusat Presiden Boris Yeltsin di Yekaterinburg, tempat pameran lukisan berlangsung.

Perbuatannya terbongkar selepas dua pelawat melihat butiran tambahan pada lukisan berkenaan dan melaporkannya kepada pekerja galeri.

Pengawal berusia 60 tahun itu dipercayai merosakkan lukisan itu pada 7 Disember 2021, dan dipecat awal minggu ini selepas identitinya dipastikan, menurut laporan Metro.

Karya seni tersebut bertajuk “Three Figures” oleh Anna Leporskaya digantung untuk pameran ‘The World as Non-Objectivity, The Birth of a New Art’ di Pusat Yeltsin di Sverdlovsk Oblast di Rusia pada Disember tahun lalu.

Lukisan itu diinsuranskan dengan syarikat insurans Alfa RM4,060,488.


sarawakvoice.com/2022/02/13
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2022 11:22 PM | Show all posts
giler boring pengawal tu
tak pasal2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.581695 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list