MICHIGAN: Sepasang suami isteri yang membenarkan anak mereka berusia 3 tahun bermain Apple Watch yang disangka sudah rosak, terkejut apabila anak kecil itu menghubungi 911 semasa hendak tidur pada waktu petang.
Leon Hendrix dan isterinya Andrea berkata, mereka membenarkan Landon bermain Apple Watch bertemakan Mickey Mouse kerana budak kecil itu gemarkan watak kartun tersebut.
“Apple Watch itu merupakan salah satu jam tangan siri asal milik saya. Saya sudah lama tidak menggunanya dan memikirkan mungkin ia tidak lagi disambungkan ke telefon, jadi apa salahnya dia bermain dengan jam tangan Mickey Apple?'”
Andrea Hendrix memberitahu WOOD-TV, dia bekerja dari rumah anak-dan dia terdengar sesuatu yang luar biasa datang dari monitor bayi.
“Bunyinya seperti orang sedang bercakap,” katanya lagi.
Dia bergegas masuk bilik dan mendapati Landon bersama-sama adiknya berada di katil bercakap dengan operator 911.
Hendrix, yang merupakan bekas pengacara di WOOD-TV berkata, dia bergegas ke bilik tidur menamatkan panggilan tersebut yang berlarutan selama tujuh minit.
Pasangan itu yang memuat naik insiden tersebut di Facebook memberitahu, mereka sudah memohon maaf kepada petugas 911 kerana insiden tersebut.
sarawakvoice.com/2022/02/14 |