CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1122|Reply: 0

Kawal gaji pelakon!

[Copy link]
Post time 15-2-2022 12:21 PM | Show all posts |Read mode

ZHENG Shuang

Beijing: Pihak berkuasa kawal selia televisyen China melaksanakan undang-undang baharu untuk mengawal selia apa yang disifatkan sebagai pendapatan terlampau tinggi untuk selebriti produksi televisyen.

Peraturan itu berkuasa kuasa ke atas pelakon yang menjadi sebahagian daripada peruntukan kos penerbitan.

Keputusan itu selepas Pentadbiran Radio dan Televisyen Kebangsaan mengeluarkan pelan tindakan awal minggu ini untuk lima tahun akan datang berhubung penerbitan televisyen.

Ini termasuk mengehadkan pendapatan pelakon sebanyak 40 peratus daripada jumlah bajet pengeluaran dan menetapkan yuran pelakon terkemuka supaya tidak melebihi 70 setiap peratus daripada semua pendapatan pelakon.

Selain itu, pihak berkuasa berkata, dalam panduan terkini mereka akan serius menangani pelakon dan agensi yang mengelak membayar cukai atau menandatangani kontrak dwi.

Ia muslihat mempunyai satu kontrak sebagai 'rahsia' untuk pelakon dengan bayaran sebenar, manakala satu lagi yang menunjukkan jumlah yang lebih rendah bertujuan untuk rujukan pihak berkuasa cukai.

Peraturan baharu menetapkan, mereka yang ingkar akan dikenakan hukuman seluruh industri termasuk larangan daripada muncul di televisyen.

Pendapatan berlebihan pelakon menjadi fenomena sejak sedekad lalu yang disifatkan pakar media dan industri sebagai menjejaskan kualiti produksi televisyen dengan ketara.

Klausa had gaji itu menjadi topik carian popular dengan sebanyak 200 juta dilihat dalam platform Weibo, Selasa lalu.

Isu bayaran pelakon yang muncul dalam siri televisyen domestik menjadi pertikaian dan kemarahan orang ramai sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Walaupun penetapan gaji pada pertama kali pernah disebut dalam peraturan 2017 yang membimbing kos rancangan TV, namun ia tidak dipatuhi.

April tahun lalu, pelakon Zheng Shuang mendedahkan dia memperoleh 160 juta yuan (RM105.45 juta) untuk tampil dalam sebuah program televisyen selama 77 hari.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.298354 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list