CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1209|Reply: 0

Tragedi berganda akibat kelibat beruang

[Copy link]
Post time 15-2-2022 12:22 PM | Show all posts |Read mode

PIHAK berkuasa tiba di lokasi kejadian.

Oregon: Seorang lelaki membunuh dirinya selepas tidak sengaja tertembak abangnya ketika cuba melindungi diri daripada beruang hitam di belakang rumah mereka.

Pejabat Syerif Josephine County berkata, lelaki yang tidak dikenali itu menghubungi talian kecemasan kira-kira jam 7 pagi pada Selasa.

Dia melaporkan dia secara tidak sengaja menembak abangnya selepas beruang dilihat berada di kawasan rumah mereka.

Katanya, Deputi Syerif yang tiba di blok 2000 Placer Road, Sunny Valley, Oregon, menemui seorang lelaki meninggal dunia akibat luka tembakan.

Pemeriksaan lanjut mendapati seorang lagi lelaki didapati meninggal dunia dengan luka seperti tembakan yang dilakukan sendiri.

Berdasarkan siasatan, individu berkenaan dipercayai membunuh dirinya sendiri selepas menghubungi talian kecemasan bagi melaporkan kejadian.

Kes berkenaan masih dalam siasatan dan diserahkan ke Pejabat Pemeriksaan Perubatan Negeri Oregon.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada beruang itu bertindak agresif terhadap dua beradik itu atau apa sebenarnya yang berlaku.

Berdasarkan rekod Jabatan Taman Negara Josephine County, kira-kira 25,000 hingga 30,000 beruang hitam hidup di Oregon yang merujuk negeri itu sebagai Negara Beruang Hitam.

Jabatan itu berkata, masyarakat perlu tenang dan jangan membuat sebarang pergerakan termasuk berlari atau elakkan memandang tepat ke arah haiwan itu.

Katanya, jika beruang itu mungkin dalam keadaan tidak menyerang, manusia perlu menjerit, agresif menggunakan batu, kayu dan tangan untuk menakutkan haiwan itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.136752 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list