CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1184|Reply: 0

Roket dari China akan terhempas di bulan

[Copy link]
Post time 15-2-2022 03:22 PM | Show all posts |Read mode

Sebuah roket akan terhempas di permukaan bulan pada 4 Mac depan. - Foto AFP

WASHINGTON - Pakar-pakar astronomi menyatakan mereka tersilap menyatakan jenis roket yang dijangka terhempas ke bulan pada awal Mac depan.

Mereka berkata, sebelum ini roket yang dijangka terhempas itu ialah yang dibina oleh SpaceX iaitu syarikat yang diasaskan oleh bilionair Amerika Syarikat (AS), Elon Musk.

Namun, kata mereka, roket yang sebenarnya akan terhempas di permukaan bulan itu adalah buatan China pada 4 Mac depan.

Roket itu kini ialah 2014-065B iaitu sejenis penggalak untuk kapal angkasa robotik, Chang'e 5-T1 yang dilancarkan pada tahun 2014 sebagai sebahagian daripada program penerokaan bulan oleh agensi angkasa lepas China.

Pengumuman mengejut itu dibuat oleh seorang ahli astronomi Bill Gray yang pertama kali mengenal pasti tentang hentaman roket tersebut di bulan dan mengakui kesilapannya pada hujung minggu lalu.

"Ini (kesilapan jujur) hanya menekankan masalah kekurangan pengesanan yang betul terhadap objek angkasa lepas," ciap seorang ahli astronomi Jonathan McDowell.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berkata pada akhir Januari lalu bahawa ia akan cuba memerhati kawah yang akan terbentuk akibat letupan roket tersebut di bulan. - Agensi
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -terhempas-di-bulan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.065686 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list