CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1413|Reply: 1

Batu ‘tergantung’ gamit pelancong Instagram

[Copy link]
Post time 16-2-2022 12:41 AM | Show all posts |Read mode


OGALAND, NORWAY – Sebuah kawasan pergunungan di Norway menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia yang berkunjung semata-mata untuk bergambar di atas bongkah batu besar yang terhimpit di antara dua jurang, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Dinamakan Kjeragbolten, bongkah itu popular dalam kalangan pengembara yang sukakan cabaran. Ia adalah seketul batu gergasi yang keadaannya seolah-seolah tergantung di udara pada ketinggian 984 meter.

Batu itu terletak di atas Gunung Kjerag di Lysefjord. Kjeragbolten mudah didaki  oleh pengunjung walaupun  tanpa sebarang peralatan khas.

Kehadiran bongkah batu itu menjadikan Kjerag  lokasi panas untuk pelancong dan  pengembara dari seluruh dunia. Ramai antara mereka tidak gentar akan cabaran untuk memanjat bongkah batu tersebut demi sekeping gambar yang luar biasa untuk dikongsi di laman Instagram.

Walaupun Kjeragbolten dilaporkan lebih lebar daripada yang kelihatan dalam gambar, nyawa orang yang memanjatnya boleh melayang  sekiranya tersilap langkah.

Namun,  tiada sesiapa pernah direkodkan terjatuh dari batu tersebut setakat ini. – AGENSI



kosmo.com.my/2022/02/15
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2022 11:36 AM | Show all posts
aku tgk video je pun dah rasa lain macam...berani betul la drg ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.067028 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list