CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1259|Reply: 0

Serangan seksual: Putera Andrew setuju bayar RM68.1 juta

[Copy link]
Post time 16-2-2022 05:36 PM | Show all posts |Read mode

Putera Andrew merupakan sahabat baik kepada mendiang Jeffrey Epstein yang dituduh memerdagangkan gadis muda untuk tujuan seks. - Foto Agensi

LONDON - Anggota kerabat diraja Britain, Putera Andrew dilaporkan bersetuju membayar pampasan kepada Virginia Giuffre sebagai penyelesaian luar mahkamah berhubung kes serangan seksual terhadap wanita terbabit.

Laporan Daily Mail menyebut, Ratu Elizabeth II akan membantu membiayai sebahagian daripada penyelesaian tersebut yang mungkin menelan kos sehingga 12 juta pound (RM68.1 juta).

Kesepakatan penyelesaian luar mahkamah ini dicapai antara peguam Putera Andrew dan Giuffre pada Selasa.

Difahamkan, penyelesaian luar mahkamah ini diputuskan agar tidak mengganggu kelancaran sambutan jubli platinum Ratu Elizabeth yang bakal diadakan pada akhir tahun ini di mana Andrew dilarang menghadirinya.

Beberapa minggu lalu, Putera Andrew berikrar untuk menentang tuntutan saman sivil dikemukakan Giuffre pada perbicaraan awam di mahkamah New York.

Giuffre, 38, mendakwa dia telah dipaksa melakukan hubungan seks sebanyak tiga kali dengan Putera Andrew ketika berumur 17 tahun.

Wanita terbabit mendakwa dia diserahkan kepada Putera Andrew oleh Jeffrey Epstein dan Ghislaine Maxwell. - Agensi


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ju-bayar-RM681-juta
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.048849 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list