CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1234|Reply: 1

Lelaki kerat, panggang isteri pertamanya

[Copy link]
Post time 16-2-2022 10:35 PM | Show all posts |Read mode


BRASILIA: Lelaki di Brazil yang didakwa membunuh isteri pertamanya dengan memotong badannya sebelum memasaknya dilaporkan berkahwin untuk kali kedua.

Agensi berita asing yang dipetik Arynews, melaporkan lelaki itu dikenali sebagai Mauro Sampietri menyamar sebagai pendatang dari Itali dan berkahwin semula.

Dia yang bersembunyi daripada polis sejak lima tahun lalu bagaimanapun ditahan di luar hospital pada 10 Februari.

Laporan itu menyebut isteri pertamanya dibunuh di kawasan metropolis Pinhais pada 20 Januari 2017.

Kehilangannya didaftarkan di Bahagian Pembunuhan dan Perlindungan Orang (DHPP).

Pihak berkuasa menemui cebisan kaki hangus berhampiran padang sukan beberapa hari selepas mangsa dilaporkan hilang dan laporan DNA mengesahkan ia miliknya.

Sampietri ditahan pada hari yang sama dan dijatuhkan hukuman penjara 21 tahun atas kesalahannya, namun dia berjaya melarikan diri dan tinggal kira-kira 900 batu dari bandar.

Pihak polis dimaklumkan tentang lokasi baharunya dan menahannya di luar pejabat isteri barunya.

Semasa dihampiri polis, Sampietri mendakwa dirinya sebagai lelaki Itali bernama “Domenico”, namun polis berjaya mengesahkan identiti sebenarnya.

Menurut Arynews, suspek kemudiannya mengaku membunuh isteri pertamanya, memotong anggota badannya dan memanggangnya, semasa disoal siasat.


sarawakvoice.com/2022/02/15
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2022 10:53 PM | Show all posts
makan x abis dah tu membazir......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.093088 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list