CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1155|Reply: 0

70 tahun kerja tak cuti sakit

[Copy link]
Post time 19-2-2022 10:49 AM | Show all posts |Read mode

BRIAN masih bersemangat bekerja dan tidak pernah mengambil cuti sakit. FOTO Agensi.

London: Bekerja di tempat yang sama hampir 70 tahun lalu dan tidak pernah mengambil cuti sakit.

Tahap dedikasi yang sangat tinggi itu ditunjukkan Brian Chorley, 83, yang hingga kini masih mahu bekerja dan tidak bercadang untuk bersara.

Warga emas itu dilapor The Sun sebagai berkata, memulakan kerjaya pada usia 15 tahun di syarikat kasut gergasi, C&J Clark pada 1953.

Dia 'berehat' ketika ibu pejabat kilang kasut itu ditutup tetapi kembali bekerja apabila pusat beli-belah Clarks Village dibuka.

Brian kini berkhidmat di bahagian khidmat pelanggan menyambut tetamu berkunjung ke kompleks itu di Street, Somerset.

Ketika pandemik Covid-19, warga emas itu tidak bekerja dan tidak sabar memulakan tugas semula.

"Saya sentiasa mahu bekerja. Ketika saya bermula dulu, keluarga kami sangat miskin. Ayah saya berkhidmat dalam ketenteraan.

"Kini pun saya seronok bekerja. Saya tidak mahu duduk di kerusi malas sepanjang hari, saya mahu keluar dan melihat orang ramai," katanya memberitahu gaji pertama duhulu adalah sepeket syiling dua dan tiga pound.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.401641 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list