CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 692|Reply: 6

[Dunia] UK mahu tetapkan rancangan pemansuhan pengasingan diri

[Copy link]
Post time 20-2-2022 02:23 PM | Show all posts |Read mode
UK mahu tetapkan rancangan pemansuhan pengasingan diri[size=0.8][size=0.9]Reuters




GAMBAR hiasan



London: Perdana Menteri United Kingdom (UK) Boris Johnson berhasrat menetapkan rancangan minggu depan untuk memansuhkan keperluan pengasingan diri bagi individu yang dijangkiti Covid-19, kata pejabatnya pada Sabtu.
UK akan menjadi negara Eropah pertama yang membenarkan pesakit Covid-19 ke premis, menggunakan pengangkutan awam dan pergi bekerja secara bebas, namun ia satu langkah yang difikirkan berisiko oleh penasihat kesihatan.
"Covid-19 tidak akan hilang secara tiba-tiba, dan kita perlu belajar untuk hidup dengan virus ini dan terus melindungi diri kita tanpa menyekat kebebasan kita," kata Johnson dalam satu kenyataan.
Johnson juga akan memberikan lebih banyak perincian bagaimana UK akan mengawal varian Covid-19 pada masa depan melalui pengawasan berterusan, di tengah-tengah laporan bahawa kerajaan mahu menamatkan ujian percuma dan mengurangkan kajian kesihatan awam.
Ketika ini, penduduk England dikehendaki mengasingkan diri selama sekurang-kurangnya lima hari jika diarahkan oleh pegawai kesihatan awam.

Mereka juga dinasihatkan untuk mengasingkan walaupun tanpa perintah khusus jika mempunyai simptom Covid-19 atau disahkan positif hasil ujian saringan dijalankan.

Memansuhkan undang-undang pengasingan diri Covid-19 akan sejajar dengan cara UK merawat kebanyakan jangkitan lain.
Kira-kira 85 peratus penduduk UK berumur 12 tahun ke atas sudah mendapat sekurang-kurangnya dua dos vaksin Covid-19, dan dua pertiga daripada populasi termasuk sebahagian besar daripada mereka yang paling berisiko menerima tiga dos.
Lebih 160,000 kematian direkodkan di UK dalam tempoh 28 hari jangkitan dan ia adalah yang kedua tertinggi di Eropah selepas Rusia.

Disiarkan pada: Februari 20, 2022 @ 10:49am




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-2-2022 02:24 PM | Show all posts
uk xdok keyjey
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2022 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau buat kat sini confirm kena pulau siapa yang kena covid tapi datang kerja. Sedangkan bekas pesakit covid pun orang takut nak dekat, inikan pula yang positif. Lebih baik tak payah je
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2022 07:59 PM | Show all posts
Risiko sangat besar untuk dijangkiti kepada yang tiada penyakit covid
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2022 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
jahcomel replied at 20-2-2022 02:24 PM
uk xdok keyjey

Klu mcm tu kita hantar je keyjey ke sana
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2022 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm selfish pon ado. Kesian yg ada komorbid @ baby
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2022 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Mansuh jangan tak mansuh!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.076411 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list