CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1149|Reply: 0

Rasa lebih ringan

[Copy link]
Post time 21-2-2022 10:16 AM | Show all posts |Read mode

KEADAAN perut wanita itu sebelum pembedahan. FOTO Agensi

New Delhi: Seorang wanita di India berasa dirinya lebih ringan selepas tumor yang menyumbang separuh berat badannya dapat dikeluarkan.

Daily Star melaporkan tumor itu saja seberat 47 kilogram (kg).

Bagaimanapun, jika mengambil kira berat lebihan kulit dan tisu dinding perut, berat tumor itu mencecah 54 kg.

Selepas pembedahan, wanita itu merekodkan berat 49 kg yang disifatkan oleh pakar perubatan sebagai keadaan jarang berlaku.

Pakar bedah gastroenterologi Dr Chirag Desai memberitahu Times of India, beliau tidak dapat merekodkan berat pesakit sebelum pembedahan.

Katanya, ini kerana pesakit tidak boleh berdiri tegak.

"Namun selepas berat (pesakit) selepas pembedahan, 49 kg.

"Pembuangan tumor yang lebih berat daripada berat badan seseorang. Ini jarang berlaku." katanya.

Menurut kepada anak wanita berusia 56 tahun dari Gujerat di India itu, ibunya hidup dengan tumor berkenaan selama 18 tahun.

Penambahan berat badan yang tidak dapat dijelaskan bermula pada bahagian perut.

Pada mulanya, wanita itu menyangka dia ada masalah gastrik dan mengambil ubat untuk mengatasinya sebelum disahkan mempunyai tumor aktif pada 2004.


KEADAAN perut wanita itu selepas pembedahan. FOTO Agensi

Pakar perubatan cuba membuang tumor itu menerusi pembedahan pada tahun yang sama namun usaha itu tidak dapat diteruskan.

Ia kerana doktor menyedari bahawa tumor itu 'melekat' pada beberapa organ dalaman utamanya, termasuk buah pinggang, paru-paru dan usus.

Pesakit wanita itu bagaimanapun merujuk dengan beberapa doktor pada tahun berikutnya.

Tetapi dia tidak berjaya mendapatkan sebarang keputusan sementara tumor padanya terus membesar.

Ini mengakibatkan organ dalaman wanita itu terkesan akibat tumor hingga dia mengalami kesakitan yang teruk dan tidak dapat bangun dari katil.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.060702 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list