CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1111|Reply: 0

Australia buka semula sempadan negara

[Copy link]
Post time 21-2-2022 01:00 PM | Show all posts |Read mode

Australia membuka semula sempadan antarabangsanya kepada pelancong asing melalui lapangan terbang di Sydney pada pagi Isnin. - Foto AFP

SYDNEY - Australia membuka sempadan antarabangsanya kepada semua pelancong yang sudah mendapat vaksin pada Isnin untuk memasuki negara berkenaan.

Pembukaan itu berlaku hampir dua tahun selepas ia melaksanakan beberapa sekatan perjalanan Covid-19 yang paling ketat di dunia.

Sempadan antarabangsa itu dibuka selepas pesawat syarikat penerbangan Qantas dari Los Angeles mendarat di Sydney pada jam 6.20 pagi waktu tempatan diikuti dengan ketibaan penerbangan dari Tokyo, Vancouver dan Singapura.

"Adalah adil untuk menyatakan bahawa kami semua telah menunggu lama untuk mengalu-alukan pelawat kembali ke Australia," kata Ketua Eksekutif Qantas, Alan Joyce seperti dilaporkan AFP.

Qantas ialah syarikat penerbangan dari Australia.

Hanya 56 penerbangan antarabangsa dijadualkan mendarat di Australia dalam tempoh 24 jam selepas pembukaan semula sempadan negaranya namun Perdana Menteri, Scott Morrison berkata, beliau tidak ragu-ragu bahawa jumlah itu akan meningkat mengikut masa tidak lama lagi.

Morrison turut mempertahankan keputusannya sendiri untuk menutup sempadan negara itu kepada dunia sebelum ini akibat Covid-19. - Agensi
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ula-sempadan-negara
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.056766 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list