CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 676|Reply: 1

Universiti Harap Pampasan Beri Kelegaan Terhadap Ratusan Mangsa Doktor Gila Seks

[Copy link]
Post time 21-2-2022 03:17 PM | Show all posts |Read mode
Universitiy of California bersetuju membayar pampasan sebanyak ASD250 juta (RM1 bilion) kepada 200 wanita yang didakwa diserang secara seksual oleh pakar ginekologi di kampus tersebut.


Lapor BBC, beberapa mangsa mendakwa pihak Universiti Los Angeles (UCLA) sengaja menyembunyikan dakwaan serangan seksual dilakukan James Heap.


Lelaki itu berkhidmat di pusat kesihatan pelajar UCLA sepanjang 35 tahun kariernya dengan universiti tersebut dari 1983 hingga 2018.




Kredit foto: Daily Bruin




Ratusan mangsa wanita dengan beberapa daripadanya mempunyai kanser mengaku menjadi mangsa kerakusan nafsu seks doktor tersebut.


Difahamkan, pihak universiti tidak menjalankan sebarang siasatan terhadap dakwaan salah laku Heap sehingga 2017.


Pihak universiti berdepan ratusan kes mahkamah kerana dikatakan sengaja menyembunyikan dakwaan kes salah laku seksual terhadap mangsa.


Susulan itu, lesen tauliah perubatan doktor itu digantung hakim pada 2019 bagi tempoh tertentu.


Pihak universiti berharap pampasan kewangan akan memberikan ‘kelegaan dan pengakhiran’ terhadap semua wanita yang menjadi mangsa.


Heap berdepan 21 pertuduhan jenayah seksual terhadap tujuh wanita dan membuat pengakuan tidak bersalah.


Penyelesaian tersebut bagaimanapun tidak menghalang tuntutan mahkamah yang difailkan lebih 300 pesakit lelaki itu.


Julai lalu, Hakim Mahkamah Persekutuan meluluskan penyelesaian berjumlah AS$73 juta (RM292 juta) terhadap Heap yang dituntut lebih 5,500 wanita.


Menurut peguam yang mengendalikan kes tersebut, suspek merupakan doktor yang dibayar paling mahal di seluruh sistem University of California.


John C Manley yang mewakili salah seorang mangsa memfailkan dakwaan jenayah terhadap Heaps kerana suspek merupakan seorang pemangsa moden yang melakukan penderaan seksual dengan berselindung modus operandi semasa pemeriksaan perubatan biasa.


“Dia adalah seorang pakar sakit puan yang mempunyai perakuan lembaga dan pakar onkologi.


“Kebanyakan wanita yang berada di sana kerana mereka menghidap kanser atau menyangka mereka menghidap kanser itu,” katanya.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2022 10:15 PM | Show all posts
lama2 goyang imannnnn...x gitu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366600 Replies : 3562
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43905 Replies : 574
Rumah besar macam istana, Amira Othman anak orang kaya tapi tak suka menunjuk
RalineRumah besar macam istana, Amira Othman a
Views : 21544 Replies : 164
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58224 Replies : 1097
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 3421 Replies : 1
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39021 Replies : 87
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31606 Replies : 23
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26803 Replies : 39
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 11602 Replies : 4
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35742 Replies : 25

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.448273 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list