View: 1240|Reply: 1
|
17 artifak pra-Columbia kembali ke Mexico selepas 3 dekad
[Copy link]
|
|
Pemulangan artifak itu dibuat ketika Mexico berusaha untuk mendapatkan kembali ribuan bahan arkeologi yang dipindahkan secara haram dari negara itu. - Foto AGENSI
MEXICO CITY: Dua warga Belanda memulangkan 17 artifak arkeologi Mexico selepas menyimpannya selama tiga dekad, kata kementerian luar dalam satu kenyataan, semalam.
Pemulangan artifak itu dibuat ketika Mexico berusaha untuk mendapatkan kembali ribuan bahan arkeologi yang dipindahkan secara haram dari negara itu, yang mana 6,000 bahan itu sudah dikembalikan, berdasarkan angka rasmi.
Hubert De Boer dan Liesebeth Mellis, yang menyimpan bahan itu selama 30 tahun, menyerahkannya dalam satu majlis di kedutaan Mexico di Belanda, yang berupa kepingan tanah liat.
Tidak dapat dipastikan bagaimana mereka boleh memiliki bahan itu, yang turut termasuk beberapa patung manusia kecil dan yang dibuat antara tahun 400 dan 1521.
Bahan berkenaan sebelum ini sudah diperakui sebagai tulen oleh Institut Antropologi dan Sejarah Kebangsaan Mexico dan datang dari pelbagai wilayah di seluruh negara, termasuk di sepanjang pantai Teluk, dataran tengah dan tenggara.
"Kepingan itu dibuat menggunakan teknik pemodelan, pelicinan, pengukiran dan kaedah aplikasi 'pastillage'," kata kementerian luar, merujuk kepada cara pembuatan kraf.
Presiden Andres Manuel Lopez Obrador mengkritik Perancis kerana terus membenarkan penjualan barangan warisan budaya yang tidak dikawal dari negara lain selepas penjualan kepingan bahan arkeologi dari Mexico pra-Columbia, baru-baru ini.
Beliau turut mengecam Austria kerana memiliki mahkota bulu pelepah yang dipercayai milik maharaja Aztec, Moctezuma dari abad ke-16, yang mana kerajaan Mexico berusaha untuk mendapatkannya kembali. - AFP
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|