CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1351|Reply: 1

Sup kala jengking, ular menu kegemaran di Guangdong

[Copy link]
Post time 22-2-2022 12:50 PM | Show all posts |Read mode

Sup kala jengking dipercayai membantu merawat penyakit seperti darah tinggi, sawan dan penyakit kulit. - Agensi

BEIJING - China terkenal dengan pelbagai makanan tradisional yang luar biasa sehingga haiwan eksotik seperti kala jengking dan ular yang dihidangkan di wilayah Guandong dianggap sajian paling pelik dan menakutkan di dunia, lapor Oddity Central.

Sebenarnya makanan berasaskan serangga telah menjadi sebahagian daripada masakan masyarakat China sejak sekian lama sebelum Barat menilai masakan ini mempunyai khasiatnya tersendiri.

Tetapi di utara China, kala jengking dicucuk lidi dan digoreng sangat popular di gerai tepi jalan manakala di bahagian selatan pula, serangga dianggap menu penting dalam masakan sup yang mengandungi ketulan daging ular dan ditambah dengan rempah ratus.

Walaupun, kala jengking beracun, masakan seperti ini dianggap mampu membuang toksin di dalam badan.

Malah, hidangan seperti ini perlu disediakan tukang masak berpengalaman yang tahu bagaimana untuk menyingkirkan racun supaya tidak membahayakan penggemarnya.

Satu yang anda perlu tahu, sup bukanlah digemari semua masyarakat di Guangdong dan ia dikatakan tidak sedap langsung.

Menurut perubatan tradisional China, sup ular dan kala jengking dapat membantu merawat penyakit seperti darah tinggi, sawan dan penyakit kulit. - Agensi
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... emaran-di-Guangdong
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 04:01 PM | Show all posts
eewhhh.
ape rase adehh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.037624 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list