CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12211|Reply: 43

Lah Nak Nyanyi Rock Pula--Comeynya....anak Lah

[Copy link]
Post time 2-9-2010 10:23 AM | Show all posts |Read mode
              

Lah mahu cuba aliran muzik berbeza, selain R&B

DULU dia mengusung nama VE ke mana-mana saja. Tapi sejak memilih haluan sendiri, mahu atau tidak, Lah perlu membina label sendiri terhadap kewujudannya dalam arena seni. Penyanyi bernama penuh Abdullah Ahmad kini selesa diingati dan dikenali dengan nama Lah Ahmad.
Beza hanya nama, namun muzik genre R&B yang dibawa oleh VE tetap dikekalkan sehingga saat ini. Tak dinafikan genre terbabit memang kena dengan nada suara yang dimilikinya. Cuma yang tidak mampu diubah, ialah evolusi muzik itu dan cita rasa penggemarnya.
Lah dalam pertemuan dengan Hip baru-baru ini, menyedari putaran muzik itu seperti roda. Dulu muzik hip hop pernah memeriahkan suasana dunia muzik. Begitu juga dengan dangdut, rap, nasyid, pop dan kebelakangan ini, muzik dari kumpulan indie pula.

“Semuanya bermusim. Saya lebih suka mengukur baju di badan sendiri. Ikutkan hati, saya juga teringin menyanyi lagu rock. Zaman dulu pernah juga bermain gitar sambil menyanyikan lagu rock. Tapi bukanlah rock kapak. Saya menyanyikannya masih dengan keupayaan vokal tersendiri.

“Pernah juga terdetik di hati untuk menyanyikan lagu berunsurkan dakwah atau nasyid selepas ini. Sudah lama saya membayangkan impian ini. Mungkin saya perlu menunggu masa sesuai kerana sejujurnya sendiri belum yakin sepenuhnya untuk menyanyikan lagu genre sebegitu.

“Cita-cita saya kalau dapat menyanyikan lagu genre itu, saya mahu menyelitkan unsur keamanan sejagat dan mengingati Tuhan. Diharapkan  apa yang dicitakan ini menjadi kenyataan. Saya sendiri tak sabar menanti perkembangannya,” katanya yang ditemui pada majlis berbuka puasa Alibi Music bersama pusat membeli belah Alamanda di Putrajaya.
Kerjaya seni Lah kini diuruskan Alibi Music sejak Disember tahun lalu untuk setahun perjanjian. Lagu Adinda menjadi buah tangan terbarunya yang mula menjadi siulan ramai.

Kata Lah, single keduanya dijangka mula disiarkan di radio selepas musim raya nanti.

“Setakat ini, saya belum pasti lagi lagu mana yang bakal diketengahkan. Koleksi lagu ciptaan sendiri dalam simpanan saya agak banyak juga. Mengikut kehendak pasaran sekarang, saya lebih selesa mengetengahkan single demi single berbanding album penuh.

“Sepanjang Ramadan ini saya banyak menghabiskan masa di studio melakukan kerja belakang tabir. Saya pun tak terima undangan membuat persembahan. Masa pun banyak dihabiskan bersama keluarga dan menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak yatim seperti yang dianjurkan Alibi Music dan Alamanda ini,” katanya yang segak berbaju Melayu berwarna ungu ditemani anak sulungnya, Amira Zaharah berusia setahun dua bulan.
   
Teringin nak memasak

Peluang bersama anak dan isterinya, Puteri Yasrina Mohd Yusoff di bulan puasa ini juga mencetus minat baru bagi Lah, iaitu memasak untuk santapan berbuka puasa.

Sambil berseloroh, Lah berkata, sekalipun dia jarang ke dapur, dia tetap mahu memasak juga.

“Saya memang tidak pandai memasak tapi bolehlah mencuba. Bukannya apa, selalu kalau di bulan puasa, program masakan di TV memang berlambak. Jadi secara  tak langsung minat nak cuba memasak itu timbul. Kalau tak pun, kami boleh berkunjung ke rumah keluarga masing-masing untuk berbuka puasa,” katanya yang sudah empat tahun mendirikan rumah tangga.

Ditanya mengenai rahsia kebahagiaan rumah tangga yang dibinanya, Lah memberitahu tiada petua tertentu kerana pasangan ini melalui kehidupan biasa seperti pasangan lain. Cuma yang lebih penting ialah penekanan kepada aspek komunikasi dua hala sesama mereka.

“Berkahwin itu dengan jelasnya menyatukan dua orang yang berbeza. Tapi pada akhirnya, kita kena faham hati masing-masing. Kita jujur dalam apa yang dilakukan dan praktikkan komunikasi. Macam hal nak balik kampung beraya pun kami tak berdepan dengan masalah.

“Tambah pula keluarga masing-masing tinggal tak jauh. Kalau pagi balik beraya rumah keluarga saya di Subang, sebelah tengah hari sudah boleh bertandang ke rumah keluarga isteri pula di Shah Alam,” katanya yang tak menolak rezeki untuk mendapatkan anak lagi.

Pada majlis amal yang diadakan di Alamanda itu turut diraikan ialah anak yatim dari Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah. Selain duit raya, pihak Alamanda turut bermurah hati menyampaikan barangan tajaan MPH Bookstores, Carrefour, Cold Storage, Parkson dan Oven Fresh.

Acara ini dihoskan isteri Lah sendiri yang bertugas sebagai Eksekutif Kanan di pusat membeli belah itu. Lah Ahmad, The Fabulous Cats dan Imran Ajmain turut menyumbangkan lagu kepada tetamu yang hadir, manakala majlis berbuka puasa diadakan di Restoran Bayou.

INFO: Lah Ahmad
Pernah menjulang anugerah Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) 2007 bersama Jaclyn Victor menerusi lagu Ceritera Cinta.
Bergelar mentor kepada Fira bagi Mentor musim ketiga
Single pertama Awal Ashaari berjudul Memori mendapat sentuhan daripadanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2010 11:15 AM | Show all posts
muke x komersyial x yah jadik penyanyi la weiii
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 11:26 AM | Show all posts
muke x komersyial x yah jadik penyanyi la weiii
audioslavefan Post at 2-9-2010 11:15



    die nie nikah ngan senior aku.. sepupu sendiri.. meeting VE pun gegeh nak ankut bini.. busan tol!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 11:31 AM | Show all posts
biasakla bini lawoo.. xkn nk tinggal bini sensorg.. cian tau
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 11:33 AM | Show all posts
kaya weh dia nih
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 11:34 AM | Show all posts
kaya ke?? dia keje ape??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2010 11:35 AM | Show all posts
Reply 3# samshik

kawen ngn sepupu sendiri?bru ku tahu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 11:38 AM | Show all posts
Reply  samshik

kawen ngn sepupu sendiri?bru ku tahu..
nazhidd Post at 2-9-2010 11:35



    haah.. samada sepupu or sedara.. but memang pertalian dierang dekat.. budak advertising kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2010 11:56 AM | Show all posts
lawa bini die..lagu adinda pun best
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 02:30 PM | Show all posts
ntahla aku tak berkenan sgt lagu2 yg die bawak..
sbb tu aku rasa sore die tak blh pegi..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 02:35 PM | Show all posts
lawa wife diee
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 02:41 PM | Show all posts
hensem dia ni.. lelaki Melayu terakhir.. mcm Remy
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 03:34 PM | Show all posts
Saya lebih suka mengukur baju di badan sendiri


nanges ler tailor2 yg ada kat Malaysia nih kalu sumer org pandai ukur baju kat badan sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 03:48 PM | Show all posts
nanges ler tailor2 yg ada kat Malaysia nih kalu sumer org pandai ukur baju kat badan sendiri:lol ...
carly_lah Post at 2-9-2010 15:34



hilang sorang pelanggan kekdahnya...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 03:55 PM | Show all posts
I'm FLYinG Without WinGs......

BoLe ke mcm nih??


boley kata superman
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 04:09 PM | Show all posts
comei anak dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2010 04:29 PM | Show all posts
bukan benang ulangan ken ih ?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 09:12 PM | Show all posts
bini dan anak dia lawa...

lah pon oklah..nampak smart..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 09:20 PM | Show all posts
comey anak lah
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 09:21 PM | Show all posts
comey anak lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.089448 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list