CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1364|Reply: 0

Madagascar berdepan ancaman Taufan Emnati

[Copy link]
Post time 23-2-2022 01:22 PM | Show all posts |Read mode

Gambar satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) menunjukkan pembentukan Taufan Emnati dalam perjalanan ke Madagascar. - Foto EPA

ANTANANARIVO: Pihak berkuasa dan petugas bantuan kini bertungkus-lumus melindungi penduduk Madagascar yang bakal berdepan ribut tropika keempatnya dalam tempoh terdekat.

Taufan Emnati dijangka melanda selatan Madagascar Selasa ini, beberapa minggu selepas pulau berkenaan dibadai Taufan Batsirai pada 5 Februari lalu, mengakibatkan kira-kira 270,000 orang terkesan selain meragut 120 nyawa.

Pada masa sama, kira-kira 21,000 penduduk lagi kehilangan tempat tinggal selepas ribut tropika Ana membadai hujung Januari lalu dan kira-kira 5,000 lagi terkesan akibat ribut tropika Dumako minggu lalu.

"Kami sedang mengejar masa untuk melindungi semua yang terkesan akibat tiga bencana sebelum dibadai Emnati," kata jurucakap Agensi Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Jens Laerke.


Jurucakap Program Makanan Dunia (WFP) PBB, Tomson Phiri, berkata pihaknya juga dalam keadaan bersiap siaga.

Katanya, agensi itu kini sedang menyediakan bekalan makanan serta bantuan lain untuk disalurkan kepada mangsa pasca taufan berkenaan.

"Kami berdoa untuk yang terbaik, namun tetap bersiap sedia berdepan segala kemungkinan," katanya.

Sementara itu, Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) PBB menyifatkan Emnati sebagai taufan yang berskala besar lagi berbahaya dan berupaya membadai pada kategori tiga atau empat.

Malah, kelajuan anginnya boleh mencapai sehingga 200 kilometer sejam (km/j).

Meteo-France sebelum ini meramalkan taufan Emnati yang kini berada pada jarak kira-kira 100 kilometer dari pantai timur Madagascar, bakal menyebabkan hujan lebat bersama angin kencang antara 150 ke 200 km/j. - AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.056501 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list