CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5775|Reply: 1

Plan Nak Mandi Sungai? Ketahui Tips Bagaimana Mengesan ‘Kepala Air’

[Copy link]
Post time 24-2-2022 09:10 PM | Show all posts |Read mode
Plan Nak Mandi Sungai? Ketahui Tips Bagaimana Mengesan ‘Kepala Air’


Kredit foto: Libur.com

Sering kali kita dengar kejadian yang tidak diingini berlaku di sungai dan juga air terjun akibat ‘kepala air’. Apa itu kepala air ? Bagaimana ianya boleh berlaku?

Disebabkan iklim dan cuaca Malaysia sekarang yang tidak menentu, kejadian kepala air boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja dan orang ramai diingatkan agar berhati-hati ketika beriadah di sungai.

Terdapat beberapa tips untuk mengetahui akan kepala air ketika berada di sungai atau air terjun.

Aliran air sungai menjadi sangat deras



Kredit foto: Sinarharian

Bagi mereka yang sudah biasa mandi di sungai atau air terjun, perubahan air tersebut menjadi deras pasti dapat dirasai oleh mereka dan mereka akan cepat-cepat naik ke tebing.

Fenomena kepala air ini berlaku kebiasaannya disebabkan aliran air sungai yang sangat kuat akibat daripada hujan lebat di kawasan anak sungai ataupun hulu sungai dan ianya mengalir ke sungai utama.

Aliran air sungai yang deras ini sangat kuat, ianya mampu merempuh apa sahaja yang terdapat di laluanya. Jadi, disebabkan aliran ini lah kadang-kadang mangsa yang tidak mengetahuinya tidak dapat menyelamatkan diri sebelum bawa arus deras.

Kawasan yang dikatakan berpotensi kepala air mempunyai bentuk geografi tadahan hujan yang besar dan juga dimana pecahan aliran air kurang.

Kedalaman kepala air ini boleh naik satu hingga dua meter dalam hanya lima hingga 10 minit. Jika air tersebut dari dua sesaat ianya boleh meningkat sehingga 10 meter sesaat, sangat laju! Jadi haruslah sentiasa berhati-hati dan cakna akan perubahan aliran air sungai.

Air bertukar menjadi keruh


Kredit foto: Utusan Malaysia

Akibat daripada aliran sungai yang sangat deras, air kemudiannya akan bertukar menjadi sangat keruh. Hal ini kerana, apabila hujan di hulu sungai iaitu puncak bukit berlaku, air akan meningkat serta berbuih dengan jumlah yang banyak di permukaan.

Secara tak langsung air sungai yang jernih akan bertukar menjadi kekuningan dan kehitaman akibat daripada pergolakan keladak dan mendapan di dalam sungai.

Deru angin juga akan berubah dengan laju dan bunyi lebih kuat daripada biasa. Disebabkan ini sesetengah orang tua melarang kita membuat bising dan bersuka ria ketika berada di dalam hutan, ini supaya kita menjadi lebih peka dengan keadaan sekeliling dan perubahan alam secara tiba-tiba.

Tanda-tanda yang dapat dikesan dengan lebih awal adalah, warna air sungai yang menjadi keruh ini juga datang bersama dengan daun-daun kering, ranting dan dahan pokok serta sampah sarap.

Jadi, jika sedang mandi dan secara tiba-tiba terdapat banyak daun kering serta sampah, cepat-cepatlah beredar daripada kawasan terbabit.

Elakkan pergi ke sungai ketika musim hujan


Sekadar gambar hiasan

Sering kali orang tua kita berpesan supaya elakkan pergi ke sungai dan air terjun ketika musim hujan atau selepas hujan, hal ini kerana kepala air mudah berlaku di kawasan-kawasan seperti itu.

Punca kepala air berlaku kebanyakannya daripada hujan lebat di hulu sungai iaitu di puncak bukit, jadi akibat daripada itu akar pokok yang terdapat disekitar itu tidak dapat memainkan peranan dengan menahan air untuk diserap kedalam tanah maka ianya terus melimpah dan masuk kesungai dengan kadar yang banyak dan laju.

Jadi sebelum mandi di kawasan air terjun mahupun sungai, seeloknya lihat dulu ramalan cuaca minggu itu ataupun 2 hari sebelum bercadang untuk bermandi manda di tempat tersebut.

Selain itu, jika sudah sampai di kawasan tersebut, lihatlah pergerakan awan di hulu sungai atau lembah pergunungan, jika ianya kelihatan mendung seperti hendak hujan maka buatlah penilaian dengan segera sama ada hendak mandi atau pulang.

https://ohbulan.com/plan-nak-man ... mengesan-kepala-air

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2023 08:53 PM | Show all posts
Wow, looks eerily.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.169422 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list