View: 1465|Reply: 0
|
Berselindung di stesen Metro
[Copy link]
|
|
KANAK-KANAK Ukraine yang ketakutan dibawa turun ke sistem pengangkutan metro untuk berlindung daripada serangan tentera Rusia.
Kyiv: Kanak-kanak Ukraine yang ketakutan dibawa turun ke sistem pengangkutan metro untuk berlindung daripada tembakan Rusia ketika siren serangan udara berbunyi seperti Perang Dunia Kedua (WWll).
BBC melaporkan, Rusia melancarkan serangan besar-besaran ke atas jirannya bermula pagi Khamis dengan serangan bermula di darat, laut dan udara.
Percubaan diplomasi dan ancaman sekatan terbukti sia-sia apabila Vladimir Putin mengumumkan tentera Rusia akan memasuki timur Ukraine.
Beliau berkata, matlamatnya adalah untuk memusnahkan tentera dan 'menafikan' Ukraine.
Serangan bermula tidak lama kemudian di Kyiv dan bandar lain di seluruh negara yang memaksa orang ramai untuk berlindung dalam sistem metro dan diharap tidak mencetuskan perang selepas WWll.
Kanak-kanak Ukraine kelihatan sedang berhimpit-himpit antara satu sama lain dengan wajah ketakutan tanpa menyedari apa yang berlaku.
Kanak-kanak dari sekolah nombor satu di bandar Druzhkivka dibawa turun ke dalam metro dan ada yang dibawa oleh orang dewasa, lapor BBC.
Ia adalah imej sama dengan yang berlaku di London ketika Blitz dari September 1940 hingga Mei 1941 apabila kanak-kanak berteduh bersama keluarga mereka ketika pesawat Nazi menjatuhkan bom.
Terdapat gambaran sama dalam sistem metro lain di sekitar Ukraine termasuk Kharkiv yang mana kanak-kanak belajar mengenai latihan keselamatan dan pemindahan sebelum serangan berlaku.
KANAK-KANAK Ukraine yang ketakutan dibawa turun ke sistem pengangkutan metro untuk berlindung daripada tembakan Rusia.
"Kami sudah mula memberikan latihan itu untuk kanak-kanak lebih kerap untuk mengelakkan situasi seperti kanak-kanak cedera atau kematian," kata pakar pertahanan awam Oleksandr Shevchuk pada Isnin lalu.
"Kami biarkan mereka mencuba pakaian seragam kami, jaket kalis peluru dan topi keledar. Tunjukkan kepada mereka bahan letupan, supaya mereka dapat menyedari situasi yang mungkin berlaku kepada mereka," katanya.
Stesen metro di Kyiv diubah menjadi tempat perlindungan di tengah-tengah kebimbangan bandar itu jatuh ke tangan tentera Rusia pada hujung minggu.
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky berkata, seramai 137 orang awam dan anggota tentera Ukraine maut setakat ini manakala 316 lagi cedera sejak pencerobohan bermula.
Dia berkata, kumpulan sabotaj musuh itu memasuki Kyiv dan mengarahkan semua lelaki berumur 18 hingga 60 tahun untuk mengerah ketenteraan dan melarang mereka meninggalkan negara itu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|