CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1280|Reply: 0

Pertahankan diri dengan bom petrol

[Copy link]
Post time 26-2-2022 12:51 PM | Show all posts |Read mode

PENGAWAL Keselamatan Ukraine mengambil kedudukan di tengah Kyiv, selepas Rusia melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran terhadap negara itu. FOTO Reuters

Kyiv: Penduduk di Kyiv disaran membuat bom petrol sebagai langkah mempertahankan diri ketika bersembunyi di tempat perlindungan sementara atau ruang bawah tanah.

Peluru berpandu menghentam Kyiv semalaman dan siren udara berterusan berbunyi meningkatkan ketakutan dalam kalangan penduduk yang tidak melarikan diri dari bandar yang mempunyai tiga juta rakyat itu.

"Buat bom petrol, neutralkan penjajah!" kata Kementerian Pertahanan, sementara pihak berkuasa tempatan memberitahu orang ramai di kawasan Obolon di barat laut bandar itu supaya menjauhi jalanan kerana musuh semakin hampir.

Sesetengah penduduk berlindung di stesen kereta api bawah tanah yang digunakan sebagai tempat perlindungan serangan udara, ruang bawah tanah blok pangsapuri atau bangunan lain apabila amaran serangan udara dibunyikan.

Seorang wanita berusia 40-an, Alla berkata, anak-anaknya menangis ketakutan.

"Anak-anak takut, mereka menangis dan bertanya 'ibu, adakah kita semua akan mati?" katanya.

Ruang bawah tanah tempat dia berlindung dipenuhi ratusan orang tanpa tempat tidur, hanya kerusi dan sedikit air.

Menurutnya, hendak mencari tempat duduk pun susah.

"Kami tidak tahu berapa lama kami perlu tinggal di sini. Baik kami mempunyai kerusi sekurang-kurangnya," seorang wanita berusia 35 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Viktoria.

Dia berkata, anaknya berusia lima dan tujuh tahun tidur tanpa menanggalkan baju musim sejuk mereka.

"Kami terkejut, kami tidak menjangkakan itu. Bagaimana anda boleh melancarkan perang melawan orang yang hidup aman?" katanya.

Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Sergei berkata, dia bangun jam 4 pagi dan keluar ke balkoni apartmennya untuk merokok.

Menurutnya, dia mendengar letupan dan melihat kilat di langit.

"Lima saat kemudian satu letupan menggegarkan bangunan kediaman 10 tingkat tidak jauh dari lapangan terbang antarabangsa Boryspil.

"Kaca berterbangan ke sekeliling. Kini terdapat serpihan bangunan di dapur saya. Saya terkejut," katanya kepada Reuters.

Tiada seorang pun dalam keluarganya yang cedera.

Wartawan Reuters melihat kawah sedalam dua meter dengan runtuhan tanah di sebelah bangunan dan tingkap pecah.

Seorang anggota polis di tempat kejadian berkata, tiada siapa yang terbunuh tetapi beberapa orang cedera parah.

Penduduk, Oxana Gulenko berkata, dia tercampak dari katilnya akibat letupan itu.

"Bagaimana kita boleh menjalaninya pada zaman kita? Apa yang patut kita fikirkan? (Presiden Rusia Vladimir) Putin harus dibakar di neraka bersama-sama dengan seluruh keluarganya," katanya sambil membersihkan kaca pecah di apartmennya.

Anatoliy Marchenko, 57, yang berkhidmat dalam tentera Soviet, perlu membaiki balkoninya selepas serangan itu dan tidak menemui kucingnya.

"Saya malu kerana saya bercakap Rusia," katanya dan beralih ke bahasa Ukraine.

"Saya mengenali orang di sana (di Rusia), mereka adalah kawan saya. Apa yang mereka perlukan daripada saya? Peperangan datang ke rumah saya dan itu saja."
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.059899 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list