CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1350|Reply: 0

AS, Eropah akan keluarkan beberapa bank Rusia daripada Swift

[Copy link]
Post time 27-2-2022 04:12 PM | Show all posts |Read mode

ORANG ramai menyertai demonstrasi membantah pencerobohan Rusia. FOTO AFP

Washington: Rumah Putih, pada Sabtu, mengumumkan Amerika Syarikat (AS), disertai negara Eropah dan Kanada, akan mengeluarkan beberapa bank Rusia daripada Swift, sistem pembayaran yang digunakan untuk kebanyakan transaksi kewangan antarabangsa.

Ini adalah langkah besar untuk meningkatkan sekatan ekonomi Barat terhadap Moscow kerana operasi ketenteraannya di Ukraine, lapor Xinhua.

Rumah Putih dalam satu kenyataan bersama memaklumkan AS bersama Suruhanjaya Eropah, Perancis, Jerman, Itali, Britain dan Kanada menyokong penyingkiran "bank Rusia terpilih" daripada SWIFT dalam beberapa hari akan datang bertujuan mengeluarkan Rusia daripada sistem kewangan antarabangsa dan ekonomi kita."

"Tindakan itu menyebabkan bank-bank ini terputus hubungan daripada sistem kewangan antarabangsa dan menjejaskan keupayaan mereka untuk beroperasi secara global," menurut kenyataan itu.

Di samping itu, langkah ketat akan dikenakan untuk "menghalang Bank Pusat Rusia daripada menggunakan rizab antarabangsanya."

Langkah lain yang turut akan dikenakan ialah mengehadkan penjualan "pasport emas" bagi menghalang "individu kaya Rusia yang mempunyai hubungan dengan kerajaan Rusia" menjadi warga negara-negara yang disebutkan di atas dan bagi memastikan individu itu tidak boleh "mendapat akses kepada sistem kewangan kami."

Pemimpin negara-negara itu juga berikrar untuk melancarkan pasukan petugas bersama dalam minggu ini untuk menguatkuasakan pelaksanaan sekatan kewangan.

Kenyataan bersama itu turut menyeru kerajaan lain untuk "mengesan dan menggendalakan" aliran keuntungan golongan elit dan menafikan keupayaan mereka untuk menyembunyikan aset, di bawah bidang kuasa di seluruh dunia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.060771 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list