View: 14569|Reply: 168
|
[Tempatan]
Skandal di ofis punca bercerai
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 6-3-2022 02:57 PM
PETALING JAYA – Kecurangan suami atau isteri orang yang mempunyai skandal di tempat kerja menjadi antara punca kepada keretakan rumah tangga di negara ini hingga ada antara mereka yang terlanjur selepas cinta beralih arah. Masalah rumah tangga yang dilaporkan adalah berpunca daripada hubungan cinta di pejabat. Biasanya, tembelang hanya terbongkar selepas ia diketahui oleh pasangan masing-masing. Kecurangan biasanya melibatkan pasangan berkerjaya seperti pensyarah, kerani dan guru dalam kalangan penjawat awam atau swasta. Kebanyakkan kes melibatkan pasangan jarak jauh yang tidak berjumpa sekian lama
Berkawan Terlalu Rapat?
Pada mula semuanya kelihatan biasa. Anda kata hubungan profesional sebagai kawan sekerja dan rakan sepejabat. Apabila ada masalah di pejabat, maka kepada dialah tempat anda mengadu.
Anda rasa selesa ke sana dan ke sini bersama dengan lelaki yang merupakan kawan rapat anda itu. Ada sesekali rakan sepejabat lain memberi nasihat, yang membawa makna anda berdua sudah terlalu rapat. Tapi nasihat itu terus membuat anda menjadi ‘singa
Bila Berkawan Terlalu Rapat, Hati Mula Keliru
Anda kata anda tidak ada apa-apa kecuali urusan kerja. Memang betul pun sebab tidak pernah sekali pun kawan rapat anda itu berbuat tidak elok kepada anda. Tapi jauh di sudut hati,semakin lama anda rasa dia adalah lelaki yang lebih baik berbanding dengan suami di rumah. Dia pandai bergurau dan tak macam suami yang bosan macam tiang lampu. Anda terasa seperti ‘kehilangan’ apabila dia tidak hadir ke pejabat. Anda keliru. Tidak ada niat untuk curang.
Anda bukan tidak tahu hukum. Hati anda berbisik seperti merasa ada sesuatu yang tidak kena. Adakah anda sudah melepasi sempadan rakan profesional atau apa? Sudah tentu anda tidak berniat serong tetapi hati tidak mudah dipujuk begitu.
Situasi Kerja
Kerja di pejabat bukan seperti kerja di kebun pisang. Kerja sementara matahari masih ada. Kerja di pejabat kadangkala berlarutan sehingga ke malam. Ada juga kerja yang memaksa pasangan sekerja ini berada lama di luar pejabat. Kemudian terpaksa berada berdua di pejabat sehingga larut malam untuk membuat berbagai laporan.
Di pejabat, ada mata rakan yang melihat yang membuat anda segan. Tetapi di luar pejabat siapa yang tahu hubungan anda berdua? Adalah sesuatu yang baik sekiranya anda bimbang sekiranya ada perasaan lain yang timbul dalam situasi itu. Sesungguhnya bimbang dan takut yang rasional itu adalah perisai terbaik kepada isteri-isteri ahli syurga yang terpaksa keluar bekerja.
Berkawan Rapat Dan Jadi Tempat Mengadu
Apabila tiba waktu-waktu begitu siapakah orang pertama yang menjadi tempat anda mengadu? Adakah kawan rapat itu orang yang sama menjadikan anda tempat meminta nasihat sama ada berkaitan hal-hal pejabat atau hal-hal emosi berkaitan tekanan kerja? Jika dalam semua keadaan anda selesa mengadu kepada orang yang sama maka elok jika anda semak semula perasaan anda kepadanya
perkara paling best dalam dunia. Pertama; makan percuma. Kedua; bergosip hal orang (walaupun kita tahu sangat berdosa). Bayangkan jika dia selalu belanja anda makan dan dia menjadi tempat anda berkongsi segala gosip dunia. Anda selesa berkongsi gosip di pejabat, gosip di rumah hinggalah gosip di bilik tidur dengannya.
Apabila anda semakin selesa berada dalam situasi begitu dengan dengannya selain daripada suami di rumah maka semakin jauhlah anda daripada sempadan ‘rakan profesional’ yang sepatutnya. Lagi satu, bayangkan anda rasa selesa untuk bercakap apa sahaja dengan dia. Anda boleh tegur dia semakin boroi sambil menepuk-nepuk perutnya. Dia memuji anda semakin langsing apabila berdua dalam kereta dan anda suka mendengar pujian itu. Anda mungkin rasa itu ‘OK’ tetapi bayangkan suami duduk di kerusi belakang. Agaknya apa suami anda akan kata?
Berlarutan Hingga Ke Rumah
Tanda terakhir adalah Adakah anda membawa kawan rapat anda itu dalam fikiran anda apabila berada rumah? Maksud saya adakah hari minggu anda hantar ‘watsApp’ kepadanya bertanya khabar? Cuba kira semula sudah berada kali anda menghubunginya semasa bercuti atau semasa berada di rumah? Kenapa anda mesti menghubungi dia sedangkan pada ketika itu anda sepatutnya menjadi kepunyaan keluarga anda?
Anda kata hanya untuk bertanya khabar tetapi itu selalunya adalah isyarat merah bahawa anda teringat-ingat kepadanya. Jika anda bujang tidak mengapa. Itu usaha yang bagus. Tetapi jika ada isteri orang maka itu perlu dihentikan.
https://www.kosmo.com.my/2022/03/05/skandal-di-pejabat-punca-penceraian/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Awat kena log masuk utk baca berita penuh? |
|
|
|
|
|
|
|
Kena login dulu la. |
|
|
|
|
|
|
|
Melibatkan pasangan jarak jauh yang tidak ape??? Aku tgh semangat membaca ni |
|
|
|
|
|
|
|
akak sepupu haku ex laki cmnie jugak, skandal satu opis sorg laki org n bini org...da selamat cerai taun lepas n Ank2 akak sepupu Jaga coz ex husband x nk Jago agak eh tp akak sepupu tu selamat bekerjaya |
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah nak tunggu berjarak jauh ke hapa. Kalau dah nak curang dpt pasangan seksi baik sekalipun diarg mencurang juga. Byk gak kawan opis dulu yg gatal gini. Setakat berjarak masa kerja pun jiwa dah kacau.... Apo |
|
|
|
|
|
|
|
tepuk sebelah tgn x berbunyi |
|
|
|
|
|
|
|
TT, dah kenapa artikel sekerat. I nak tahu juga kenapa profession mengajar ni yg byk curang. Udah ler skrg byk kisah cikgu kahwin ngan anak murid. Cikgu dan pensyarah yg ramai pjj? |
|
|
|
|
|
|
|
Harap mod tutup ja thread nie, gigih nk buka thread tapi artikel tak lengkap @Rockafella |
|
|
|
|
|
|
|
Yg tidak apa? TT ni pun 1 la bagi la study habis dulu baru copy paste |
|
|
|
|
|
|
|
Oooo
Macam tu bagus lah jugak WFH kan, kurangkan skandal dekat tempat keje.
Maybe time lockdown hari tu, yang berskandal dekat office ni mesti panas jer rasa kan tak dapat jumpa skandal kat ofis |
|
|
|
|
|
|
|
Far replied at 6-3-2022 09:20 AM
Oooo
Macam tu bagus lah jugak WFH kan, kurangkan skandal dekat tempat keje.
Maybe time lockdown har ...
Diaorg register tinder lak..penuh laki orang situ |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat lah, tempat kerja itu tempat kita mencari rezeki, janganlah dirosakkan dengan perkara sebegini |
|
|
|
|
|
|
|
amboi copy paste btulll.. kena log in pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon momod delete thread yg separuh jalan mcm ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kosmo ni kalau nak baca artikel dia kena langgan dulu then baru boleh login ka?
Tadi pun tengah syok baca artikel yang geng pendaki kena ekori roh budak pompuan zaman british masa daki bukit bendera tu pun nak kena login gak kalau nak baca bagi habes |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha....di mana ada kemahuan di situ ada jalan.....
agi idup agi ngelaban....haaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
Jiran aku bercerai coz skandal kat office. Berbaloi la kot coz laki barunya kayo |
|
|
|
|
|
|
|
Minami2013 replied at 6-3-2022 07:44 AM
TT, dah kenapa artikel sekerat. I nak tahu juga kenapa profession mengajar ni yg byk curang. Udah le ...
Mungkin sebab diorang ramai di alam semesta
Maksud saya, kalo ikut statistik, memang ramai cikgu, kan kat Malaysia ni. Banyak orang, banyak ragamnya.
Kat satu Kolumpo contohnya, berapa banyak cikgu, berapa banyak jurutera? Cer banding. Gittew |
|
|
|
|
|
|
| |
|