SEATTLE: Dalam insiden yang agak luar biasa, tiga lelaki berjaya memecah masuk di dalam kedai runcit di Phinney Ridge dan melarikan mesin ATM di kedai tersebut.
Menerusi rakaman CCTV, tiga individu dilihat memasuki kedai Ken’s Market dan membawa masuk kenderaan forklift, lapor stesen televisyen KING 5.
Pemilik bersama Ken’s Market, Dan Schacher memberitahu forklift itu dirompak dari kedai Greenwood Hardware yang terletak berdekatan dan digunakan untuk mencungkil mesin ATM terbabit.
Setelah berjaya dalam misi tersebut, tiga individu itu menyeretnya keluar dari pintu, memuatnya di dalam pikap dan memandu pergi.
Schacher memberitahu perompak tersebut mungkin semiprofesional kerana kepantasan dan kecekapan mereka mengeluarkan mesin itu dalam masa yang singkat. Polis memulakan siasatan berdasarkan bukti diperoleh, lapor K5.
sarawakvoice.com/2022/03/13 |