CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1049|Reply: 0

[SEJARAH] Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

[Copy link]
Post time 17-3-2022 11:44 PM | Show all posts |Read mode
Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta


Gunung Cheroh adalah gunung yang menjadi lokasi bersejarah yang dikaitkan dengan asal-usul nama Kinta. Ia terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak Darul Ridzuan. Di kaki gunung ini terdapat gua-gua batu kapur yang amat menarik. Selain itu, ia terletak bersebelahan dengan Sungai Kinta.

Dahulunya Gunung Cheroh merupakan sebahagian daripada Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh. Keluasan kampung ini bermula daripada Gunung Cheroh sehinggalah ke Gunung Matsurat. Jarak diantara kedua-dua gunung ini adalah kira-kira 3km. Kini Gunung Cheroh telah terkeluar daripada persempadanan kampung ini berikutan beberapa faktor setempat manakala Gunung Matsurat masih kekal menjadi sebahagian daripada Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh.



Pada satu ketika dahulu, terdapat satu kisah lagenda yang menceritakan tentang Toh Changkat Piatu yang merupakan anak kepada Sultan Perak ke 2, Sultan Mansur Shah I melalui hasil perkahwinan Baginda dengan seorang anak gadis Orang Asli (Tok Batin) Suku Semang di kuala Sungai Kinta. Toh Changkat Piatu bersama-sama dengan pengikutnya telah belayar menyusuri Sungai Kinta.

Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh. Jarak antara Gunung Cheroh dan kuala Sungai Kinta kira-kira 100 km melalui aliran sungai. Hendak dijadikan cerita, kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.



Ditepian Gunung Cheroh, mereka terdengar alunan irama bergenta seperti loceng lalu mereka berhenti. Tiba-tiba seekor cicak kubing melompat ke air untuk menyeberang. Setiap kali cicak tersebut berhenti, irama bergenta itu hilang. Lalu berkata Toh Changkat Piatu, “maka dengarlah itu, sungai ini dinamakan ‘Genta’, dek kerana alunan itu.” lalu cicak kubing itu hilang bersama alunan bergenta itu. Pada satu malam, Toh Changkat Piatu yang memimpin pelayaran itu bermimpi didatangi jin penunggu Gunung Cheroh.

Dalam mimpi itu, jin penunggu tersebut memberi restu untuk menggunakan nama ‘Genta’ dan memberitahu Toh Changkat Piatu bahawa beliau dan anak cucunya akan menjadi Orang Besar Kinta satu hari nanti. Berikutan daripada mimpi tersebut, Toh Changkat Piatu memilih nama ‘Kulop Genta’ atau ‘Kepala Genta’ sebagai nama gelaran untuk dirinya dan terus mengambil keputusan untuk menetap di sini bersama-sama dengan pengikut-pengikutnya.



Berikutan dengan mimpi tersebut, Toh Changkat Piatu memilih nama Kulop Genta sebagai gelaran untuk dirinya dan terus mengambil keputusan untuk menetap di sini bersama-sama dengan pengikut-pengikutnya. Beliau telah berkahwin dengan seorang anak Orang Asli (Tok Batin) Suku Temiar yang bernama Puteri Mazwin.

Perkahwinan antara keturunan daripada Toh Changkat Piatu dengan keturunan Toh Senongsa Seri Nara Wangsa yang memerintah sekitar Ulu Kinta (yang berpusat di Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh) inilah yang mewujudkan gelaran Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja yang mana ia menjadi salahseorang daripada Orang Besar Lapan dalam Sistem Monarki Kesultanan Negeri Perak sehingga ke hari ini.



Pengaruh penulisan jawi membuatkan perkataan ‘Genta’ disebut sebagai ‘Kinta’ selain dibantu oleh adaptasi Eropah atas perkataan ini sejak kurun ke 18. ‘Kinta’ juga dipercayai adalah pelat sebutan bagi masyarakat Cina setempat yang digunakan oleh Inggeris sebagai rujukan untuk tujuan dokumentasi sama ada rasmi atau tidak rasmi. Perkataan ‘Genta’ ini lama-kelamaan kekal disebut dan ditulis sebagai ‘Kinta’ sehingga ke hari ini.



Menurut cerita tetua, pada zaman dahulu terdapat sebuah pelabuhan berhampiran Gunung Cheroh ini yang ditadbir oleh Toh Senongsa Seri Nara Wangsa (Orang Besar Enam Belas) iaitu kapit kepada Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja. Lokasinya yang amat strategik sebagai laluan masuk utama ke Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh melalui aliran Sungai Kinta. Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh pada ketika itu merupakan pusat pemerintahan bagi ‘Daerah’ Kinta. Toh Senongsa Seri Nara Wangsa berperanan menguruskan segala hal dagangan yang melalui laluan ini bagi pihak Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja termasuk kutipan cukai dagangan.



Usaha untuk mengembalikan semula Gunung Cheroh ke dalam kawasan persempadanan Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh kini menjadi salahsatu agenda utama dikalangan pimpinan masyarakat setempat sebagai sebahagian daripada usaha untuk memelihara dan menjenamakan semula nilai-nilai sejarah dan warisan Melayu di dalam Bandaraya Ipoh khususnya di Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh. Ini penting bagi memastikan kelangsungan sejarah dan warisan Melayu di dalam Bandaraya Ipoh dapat ditambahbaikkan dan dikomersialkan untuk diwariskan kepada generasi yang akan datang disamping ia berupaya menjadi satu daya tarikan pelancongan untuk Bandaraya Ipoh.

Sumber utama:

“Salasilah Keturunan Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja (Pasak Paloh – Pasak Kepayang)”, susunan Fazil Shuhaimi Talib terbitan Persatuan Keluarga Kulop Kinta (PK3)
“Riwayat Kinta”, tulisan Abdul Talib Ahmad terbitan Pustaka Rusna
“Titles and Ceremonial Traditions of the Royalty and Nobility of the State of Perak, Malaysia”, tulisan Dr. Adib Vincent Tung terbitan Perak Academy
“Kenali Kampung Kepayang”, arahan Mukriz Mahader terbitan Astro Awani
“Kinta Valley: Pioneering Malaysia’s Modern Development”, tulisan Abdur-Razzaq Lubis dan Salma Nasution Khoo terbitan Perak Academy.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.057994 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list