CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1242|Reply: 1

[SEJARAH] Kapten William Innes, Tentera Inggeris Pertama Yang Gugur Dalam Perang Perak

[Copy link]
Post time 18-3-2022 02:08 AM | Show all posts |Read mode


Ramai diantara kita yang tahu akan kisah serangan besar-besaran tentera British yang dibawa dari Hong Kong dan India ke atas Pasir Salak sebagai usaha untuk membalas dendam akan nasib Residen British pertama Perak iaitu J.W.W. Birch.

Perang yang dikenali sebagai Perang Perak itu meninggalkan kesan yang besar keatas negeri Perak dan menyaksikan seramai hampir 500 orang Melayu terkorban dan berpuluh-puluh kampung dibakar.
Namun tidak ramai yang tahu bahawa serangan pertama yang dilakukan oleh Inggeris keatas kubu pejuang Melayu di Bandar Tua yang berhampiran dengan Pasir Salak telah gagal.
Pejuang Melayu yang dipimpin oleh Dato Maharaja Lela telah berjaya menangkis serangan tersebut. Akibatnya seorang pegawai tentera Inggeris, seorang sepoy dan penunjuk arah Melayu telah terkorban dalam serangan ini.
Dalam artikel ini Orang Perak akan menyentuh mengenai kisah hidup Kapten Innes, seorang pegawai tentera British dari Royal Engineers yang merupakan tentera Inggeris pertama yang terkorban dalam peristiwa Perang Perak.
Kapten William Innes telah dilahirkan pada tahun 1841 dan beliau merupakan anak sulong kepada Kolonel Thomas Innes yang merupakan pegawai pemerintah Royal Aberdeenshire Highlanders Milita di Learney, Aberdeenshire.


Pada 1853 sewaktu berumur 12 tahun, beliau telah ditempatkan di Sekolah Persenjataan di Carshalton. Beliau kemudian berjaya melanjutkan pelajaran di Akademi Tentera Diraja Britain setelah lulus ujian kemasukan.
Selepas tiga tahun belajar, beliau keluar dari Akademi Tentera dengan berjaya dinobatkan sebagai Kadet Pertama bagi tahun berkenaan dan terpilih untuk menyertai Royal Engineers dalam Tentera British.
Beliau kemudiannya memperoleh pangkat Leftenan pada 22 Jun 1858. Sejak dari awal lagi beliau telah menunjukkan prestasi yang memberansangkan sepanjang di Akademi Tentera British, ini telah menyebabkan beliau sentiasa terpilih dalam pelbagai aktiviti dan seterusnya membentuk watak beliau sewaktu berada dalam angkatan tentera.


Pada tahun 1859 beliau telah dipilih untuk membuat kerja-kerja untuk mengukuhkan benteng pertahanan di Dover terutamanya Kubu Burgoyne dibawah arahan Kolonel Du Cane.
Beliau berada disana sehingga Januari 1862, apabila amaran perang keatas Amerika Syarikat kedengaran selepas berlakunya peristiwa ‘Trent’ yang menyaksikan tentera Amerika Syarikat dihantar ke Kanada.

William Innes kemudian dihantar untuk berkhidmat di Halifax dan kemudiannya Portland. Apabila Sir William Gordon dilantik sebagai “Inspector General of Engineers”, beliau telah melantik Leftenan Innes sebagai pembantu peribadi beliau, melengkapkan impian beliau untuk mempunyai seorang pegawai yang berkebolehan terutama dalam keadaan genting dalam kor Royal Engineers.
Perkhidmatan beliau sebagai pembantu peribadi Sir William Gordon tamat setelah kematian Sir William. Beliau kemudian ditempatkan di Shoeburyness dan sepanjang berada disana, beliau mendapati ketiadaan kerja yang boleh mengembangkan mindanya dan tiada prospek yang lebih baik.
Disebabkan itu beliau kemudian menerima tawaran sebagai Penolong Jurutera Kolonial (Assistan Colonial Engineers) di Negeri-Negeri Selat.
Tawaran tersebut datang dari Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir William Jervois yang terdengar mengenai kebolehan beliau sewaktu bertugas dalam kerja-kerja memperkukuhkan benteng pertahanan di England, membuatkan Sir William Jervois beranggapan William Innes merupakan orang yang sesuai untuk bertugas di koloni meskipun disini lebih kepada tugas-tugas awam berbanding tugas tentera.
Selepas berita pengakhiran J.W.W. Birch sampai ke Pulau Pinang, Kapten Innes serta 60 orang askar dari 10th Foot Regiment telah dihantar ke Bandar Baharu untuk mempertahankan Residensi Inggeris disitu yang dikatakan telah dikepung oleh pejuang Melayu.


Pada hari Ahad, kontingen yang dipimpin oleh Kapten Innes telah bergerak ke arah Pasir Salak untuk menjejaki siapa yang bertanggungjawab. Ketika sampai di Bandar Tua, mereka telah menemui satu kubu yang lengkap bersenjata, dan tentera Inggeris terus menyerang kubu tersebut dengan sengit.
Serangan tersebut berjaya dipatahkan oleh pejuang Melayu dan akibatnya Kapten William Innes terkorban peluru mengenai dada dan hati beliau. Leftenan Booth, Elliot dan 8 askar dari 10th Foot Regiment telah cedera.
Penunjuk arah bernama Nakhoda Orlong turut terkorban dalam pertempuran ini. Mayat Kapten William Innes telah dibawa ke Bandar Baharu dan mendiang kemudian dikebumikan di sebelah kubu J.W.W. Birch dengan penuh istiadat tentera.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2022 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dan..Check innnn lg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.055416 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list