CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3650|Reply: 38

[SEJARAH] Jumlah MRSM Di Perak Paling Banyak Di Malaysia

[Copy link]
Post time 18-3-2022 02:43 AM | Show all posts |Read mode
Maktab Rendah Sains Mara atau lebih dikenali dengan nama singkatan MRSM telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat pada tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan. MRSM didirikan untuk memberi kemudahan pelajaran di peringkat menengah dan pra universiti dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar pelajar Bumiputera yang mempunyai kebolehan mental yang tinggi.

Perak kini mempunyai 9 buah MRSM yang berdiri megah di bumi Perak. Dari utara hinggalah ke selatan negeri Perak, MRSM ada dibina di pekan-pekan kecil dan terletak jauh dari kawasan bandar. Dengan adanya MRSM di pekan-pekan kecil ini, ianya secara tidak langsung dapat membantu membangunkan ekonomi masyarakat setempat yang mana menjadi tumpuan setelah wujudnya MRSM di kawasan tersebut.
  • MRSM Taiping dibuka pada tahun 1982
  • MRSM Gerik dibuka pada tahun 1994
  • MRSM Lenggong dibuka pada tahun 2001
  • MRSM Pasir Salak dibuka pada tahun 2003
  • MRSM Felda (Trolak) dibuka pada tahun 2008
  • MRSM Pengkalan Hulu dibuka pada tahun 2008
  • MRSM Parit dibuka pada tahun 2012
  • MRSM Kuala Kangsar dibuka pada tahun 2015
  • MRSM Bagan Datuk dibuka pada tahun 2021
Daripada 55 buah MRSM yang ada di Malaysia, 9 daripadanya adalah jumlah Maktab Rendah Sains Mara yang sudah beroperasi di serata Negeri Perak. Mungkin ada di kalangan pembaca disini yang pernah belajar di salah satu MRSM yang disenaraikan diatas, apa kata anda kongsikan pengalaman anda semasa belajar di Maktab tersebut?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-3-2022 02:44 AM | Show all posts
Edited by Tinot7 at 18-3-2022 02:46 AM

MAKTAB RENDAH SAINS MARA

Pengenalan
MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.

Visi MRSM

Menjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia.

Misi MRSM

Melahirkan pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan.

Kemudahan
MRSM menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk pelajar seperti berikut  :

Surau
Pusat Media
Kedai Koperasi
Rawatan Gigi
Kaunseling
Perkhidmatan Bas dan Van
Pusat Sumber (berhawa dingin)
Dewan Makan
Perkhidmatan Dobi
Kawalan Keselamatan
Kemudahan Sukan dan Permainan / Rekreasi

Program Sistem Pendidikan MRSM
Terdapat enam program yang berteraskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dilaksanakan di MRSM seperti berikut:


Program Pembangunan Bakat di MRSM merupakan sebahagian daripada kurikulum asas, kegiatan selain mata pelajaran yang diajarkan dalam bilik darjah. Program ini melibatkan aktiviti yang dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti dalam penyediaan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.




Pembangunan Bakat Pelajar di MRSM terbahagi kepada tiga elemen iaitu pembangunan teras, terbeza dan pengayaan. Setiap pelajar yang mempunyai latar belakang, personaliti, kemahiran dan bakat yang pelbagai akan diberi peluang yang sama rata dalam membina ketiga-tiga elemen ini. Justeru itu semua aktiviti dan program yang membina dan membangunkan bakat serta nilai yang baik dalam diri pelajar harus disusun dan dirancang demi kemenjadian pelajar dalam menghadapi arus kehidupan yang semakin mencabar.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2022 03:02 AM | Show all posts
Edited by Tinot7 at 18-3-2022 03:05 AM

Senarai MRSM Premier (MRSM Biasa)
Program Premier melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) yang mengintegrasikan kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA.
Ini bermakna pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Kurikulum Standard Sekolah Menengah, kursus khas dan kursus pembangunan sahsiah. Buat masa ini terdapat 28 buah MRSM yang menawarkan Program Premier.
MRSM Arau, MRSM Beseri, MRSM Felda, MRSM Gerik, MRSM Jeli, MRSM Kuala Berang, MRSM Kuala Krai, MRSM Kuala Terengganu, MRSM Lenggong, MRSM Merbok, MRSM Mersing, MRSM Muadzam Shah, MRSM Muar, MRSM Pasir Salak, MRSM Pasir Tumboh, MRSM Pendang, MRSM Sultan Azlan Shah, MRSM Transkrian, MRSM Tun Ghazali Shafie, MRSM Tun Mustapha, MRSM Kota Kinabalu, MRSM Mukah, MRSM Betong, MRSM Kuching, MRSM Terendak, MRSM Besut, MRSM PDRM dan MRSM Pengkalan Hulu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2022 03:02 AM | Show all posts
Edited by Tinot7 at 18-3-2022 03:06 AM

Senarai MRSM PKP / Bitara
Program Bitara / Program Khas Pendidikan (PKP) menawarkan program pendidikan untuk pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi melalui pendekatan yang mengaplikasikan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta potensi pelajar. Program pintar cerdas menekankan kemahiran berfikir aras tinggi dan kemahiran menyelesaikan masalah.
Berikut adalah senarai MRSM yang menawarkan Program Bitara.
MRSM Pengkalan Chepa, MRSM Taiping dan MRSM Tun Ghafar Baba

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2022 03:03 AM | Show all posts
Edited by Tinot7 at 18-3-2022 03:06 AM

Senarai MRSM Ulul Albab
Program SPMRSM Ulul Albab merupakan program pendidikan integrasi antara program pendidikan sedia ada berteraskan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) dengan program aliran agama termasuk Tahfiz al-Quran. Ia bermatlamat untuk melahirkan ahli profesional, teknokrat dan usahawan yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah.
MRSM Kota Putra, MRSM Gemencheh, MRSM Kepala Batas, MRSM Sungai Besar, MRSM Semporna, MRSM Bagan Datuk dan MRSM ATM Bera

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2022 03:04 AM | Show all posts
Edited by Tinot7 at 18-3-2022 03:08 AM

Senarai MRSM IGCSE

Program Dwisijil IGCSE menawarkan dua sijil kepada pelajar iaitu Cambridge IGCSE (Cambridge International General Certificate of Secondary Education) dan SPM.
Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti kurikulum antarabangsa seawal umur 13 tahun lagi.
Cambridge Syllabus merupakan kurikulum yang diiktiraf di seluruh dunia setaraf British GCSE dan International GCE 0 Level. Integrasi kurikulum ini akan memberi nilai tambah kepada pengalaman pembelajaran pelajar.

Pelajar akan menduduki Cambridge IGCSE pada akhir tahun tingkatan 4 dan SPM semasa tingkatan 5.

Berikut adalah senarai MRSM yang menawarkan program Dwisijil IGCSE.

MRSM Kuantan, MRSM Kuala Klawang, MRSM Serting, MRSM Kota Putra, MRSM Langkawi, MRSM Batu Pahat, MRSM Kuala Kubu Bharu, MRSM Alor Gajah, MRSM Kubang Pasu, MRSM Tun Mustapha, MRSM Tun Abdul Razak, MRSM Baling, MRSM Tumpat, MRSM Johor Bahru, MRSM Parit dan MRSM Pengkalan Hulu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-3-2022 03:04 AM | Show all posts
Edited by Tinot7 at 18-3-2022 03:07 AM

Senarai MRSM IB MYP
Program IB MYP melaksanakan kurikulum kebangsaan dengan mengintegrasikan kerangka Middle Years Programme dari Sistem Pendidikan International Baccalaureate. Berikut adalah senarai MRSM yang menawarkan program IB MYP.
MRSM Balik Pulau, MRSM Tun Dr Ismail dan MRSM Tun Mohamad Fuad Stephens

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2022 03:04 AM | Show all posts
Edited by Tinot7 at 18-3-2022 03:08 AM

Senarai MRSM Teknikal
Program Teknikal menerapkan elemen teknikal melalui subjek Sains Kejuruteraan (yang merangkumi ilmu Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrikal) pada peringkat menengah rendah dan Kejuruteraan Mekanikal atau Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik pada peringkat menengah atas. Berikut adalah senarai MRSM yang menawarkan Program Teknikal.
MRSM Bentong

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-3-2022 03:05 AM | Show all posts
Edited by Tinot7 at 18-3-2022 03:08 AM

Senarai MRSM Menengah Atas
Berikut adalah senarai MRSM yang menawarkan pendidikan menengah atas (Tingkatan 4 - 5) sahaja. Manakala kesemua MRSM yang lain menawarkan program pendidikan menengah rendah dan menengah atas (Tingkatan 1 - 5).
MRSM Pengkalan Chepa, MRSM Tun Ghafar Baba, MRSM Taiping

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2022 03:09 AM | Show all posts
Kepada anak2 yang berjaya memasuk MRSM, tahniah diucapkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 05:54 AM | Show all posts
Betul ke ada yang bgtau ... MRSM sekarang ni tak macam dulu - dulu ... sekarang ni anak-anak kayangan yang ramai mengisi MRSM ...

Thanks TT untuk Thread yang bagus

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2022 07:18 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 18-3-2022 05:54 AM
Betul ke ada yang bgtau ... MRSM sekarang ni tak macam dulu - dulu ... sekarang ni anak-anak kayanga ...

dolu2 ada jahh anak2 kayangan yg dpt MRSM sbb MRSM berdasarkan keputusan peksa nak masuk.. tapi ada jahh yg masuk tanpa lulus peksa kelayakan tapi mencukupi syarat kemasukan i.e. cukup bilangan As masa peksa tingkatan tiga atopon darjah 6. menda nih iols tau sbb rumet iols lerr tuh.. hahaha...

tapi sejak kebelakangan nih, dgr cerita berat kepada B40 sampaikan tak cukup kelayakan pun diberikan. masa jaman junior iols, cikgu fizik iols kena hantaq ke HQ dan dia ada komplen yg 6A PMR pun nak diberikan tmpt. tak diceritakan la samada itu golongan kayangan atopon B40. org2 asal MARA mmg particular bab kemasukan, hanya yg semua A shj dpt masuk, tapi pasti ada kepincangan masa iols tinggalkan MRSM dolu2. org melayu walopon sumer rambut sama hitam, hati lain2. ada jahh yg jaki, ubah beberapa perkara sampaikan FC nampak la apa keputusan deme la ni.. jaman dolu2 tak tgk B40 ka M40 ka T20.. deme tgk keputusan kelayakan, baru bg diskaun pembayaran ikut status sosioekonomi. jaman dolu2, markah tertinggi pi MRSM taiping, diikuti MRSM Jasin dan Pengkalan Chepa. tapi lepas batch iols yg terakhir pakai baju kelabu, deme dah ubah kpd pembahagian zon. lepas tuh, taiping pun merundum lerr.. haha.. sbb org slatan ramai yg pandai2.. hahaha.. dolu2 kalau dpt taiping, voley downgrade ke jasin atopon pengkalan chepa kalau mau tapi tidak sebaliknya. jaman now, ntah camana. jaman now sumer berebut MRSM igcse dan IB mulai tingkatan 1.

hat dolu2 bising2 kayangan jahh amik tmpt kat skolah berasrama ni ekceli tmpt2 mcm MCKK, TKC, STF. MCKK sbb isu MACOBA (MCKK old boys' association) yg alumni deme gigih nak masukkan anak masing2 ke skolah yg sama. kengkonon mcm satu bloodline dok masuk skolah sama laa.. hahaha... TKC STF ada jahh menda sama dan seingat iols, klas blakang2 STF dolu2 ada la geng kayangan amik. hat doremon tuh klas blakang kalau tak silap iols, tapi tak pasti masuk sbb mencukupi syarat atopon sbb ada kuota lain. pengetua ada kuota pun voley jahh masukkan anak sapa2 ke TKC sbb dgr citer, hat ni berlaku kat anak buah iols.


jaman now patutnya lagi telus, deme masukkan berdasarkan interviu, peksa dll... tapi tak pasti la kalau kuota B40, M40, T20 wujud. org kata kuota jaman now wujud dan berat kpd B40 untuk kemasukan MRSM tapi iols tak keje HQ so tak tau la. yg pasti, kengkawan iols ramai yg merempan anak tak dpt masuk MRSM.. yg dapat sorang tuh jahh, sumer yg lain dah ucapkan tahniah, sambil menangis di bucu katil.. giteww..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 07:24 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 18-3-2022 07:18 AM
dolu2 ada jahh anak2 kayangan yg dpt MRSM sbb MRSM berdasarkan keputusan peksa nak masuk.. tapi ad ...
ha`ah itu yang iol baca baca ... keluhan keluhan ... sebab memang ramai B40 dapat ... tapi terpaksa menolak ... sebab yuran nya ... kemasuk kan nya dengan bayaran itu ini... ramai tak mampu ...

ini yang iols maksud kan ... serba serbi duit jika nak masuk ke MRSM ... tak tau betul ke tak...

kalau betul... sedih la ... adik-adik yang layak... tapi terpaksa menarik diri ...sebab tak mampu ...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 09:32 AM | Show all posts
Objektif asal MRSM di perkenalkan tujuan untuk menambah bilangan bumiputra dalam bidang profesional yang mampu berdaya saing terutama dalam bidang sains dan teknologi.
Dan di khususkan pada mulanya bagi golongan kurang berkemampuan dan luar bandar.
Kerana kebanyakan sekolah2 SBP di monopoli bagi kalaangan yang berkemampuan.

Jadi jika di lihat dalam masa sekarang mmg kebanyakan MRSM penuh pelajar2 yang dalam kalangan kayangan.Sepatutnya tak jadi isu kalau pelajar yg susah dan luar bandar nak belajar di MRSM ni sebab tujuan asal penubuhan untuk membantu anak2 dari golongan ni menyambung pelajaran.
Tapi itu lah akhirnya golongan2 kurang berkemampuan dan luar bandar tetap di pinggirkan kerana sebab tak mampu nak bayar yuran.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 09:49 AM | Show all posts
Nnasda53 replied at 18-3-2022 09:32 AM
Objektif asal MRSM di perkenalkan tujuan untuk menambah bilangan bumiputra dalam bidang profesional  ...

tahun ni 1% je allocation T20 mrsm, 89% utk B40. and ada assistance utk murid yg betul2 miskin tak mampu bayar fees
bagus la back to tujuan asal MRSM. anak i pun x dpt, i ok je dia sekolah harian dkt rumah sbb kita ni umah selesa ada aircond bole hantar anak tusyen, mkn minum cukup. bg la pd anak2 yg rumah mereka x conducive & lg bagus dok asrama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 09:55 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 18-3-2022 07:18 AM
dolu2 ada jahh anak2 kayangan yg dpt MRSM sbb MRSM berdasarkan keputusan peksa nak masuk.. tapi ad ...

i ni T20 tp ada 2 anak dpt masuk SBP premier, tp i takde cable atau apa2...semua usaha sendiri anak2 dpt stret As  upsr dan aktif koko termasuk jd ketua pengawas. tp deme mmg x dpt ye mrsm walaupun excellent gitu sbbkan mrsm bg priority pd anak org susah which iols support. iols pun ada tolong classmate anak apply mrsm yg maknya x reti guna komputer & gaji apak 2000 gitu. Alhamdulillah skrg bdk tu excel kat mrsm AG sbb mmg pandai bdknya dpt stret As
anak bongsu iols upsr pun xde jaman covid so x dpt memana...dia pun x mcm abang akak rajin. so sekolah kt umah la nampaknya. I ok saja tp mmg ramai merempan anak x dpt masuk sbp atau mrsm.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2022 09:59 AM | Show all posts
juruterra replied at 18-3-2022 09:49 AM
tahun ni 1% je allocation T20 mrsm, 89% utk B40. and ada assistance utk murid yg betul2 miskin tak ...

Kalau balik pada tujuan asal bagus sangat dah.Harap golongan2 yang kurang berkemampuan dan luar bandar manfaatkan sebaik2nya.
Yup,anak depan mata kita uruskan sendiri boleh pantau pembelajaran anak2.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2022 03:18 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 18-3-2022 07:24 AM
ha`ah itu yang iol baca baca ... keluhan keluhan ... sebab memang ramai B40 dapat ... tapi terpaksa ...

nak masuk skolah berasrama tak kira SBP ka MRSM ka, semua pakai duit. tipu la kalau kata takde fulus diperlukan utk beli baju skolah, baju outing, kain cadar, selimut, baldi, etc.. nak masuk ipta pun pakai fulus. tipu la kalau habaq sumer free.. sumer free kalau dpt biasiswa jahh, itupun kena bayaq sesuatu dulu sblm biasiswa mai.

pasai yuran, deme ada caj yuran lagi mahai drp skolah biasa tapi itu dikira murmur sbb makan 6x sehari dan tmpt tinggal disediakan sampai habis persekolahan. iols tak ingat baper yuran tapi mak pak iols yg keje cikgu pun habaq mahai RM500 jaman dolu2 90-an dan deme bayaq ikut bayaran org marhaen. tak tau la orka bayaq baper.. hat B40 pula, tak tau la deme kena bayaq ke dakk..


tapi bayaran nih mmg dikira murmur berbanding dgn apa yg non-malays perlu bayaq utk anak2 deme pi tusyen apa sumer bagai. sbb tuh non-malays gigih nak anak2 deme masuk juga. non-malays nampak benefit menda nih lebih drp org melayu sendiri. sikap org melayu mmg nak semua free, pastu tak perlu diikat utk apa2 lepas tu. org2 melayu jahh kena sedar yg jaman now bkn mcm jaman dolu2, tunjuk muka jah teruih dpt semua free. jaman now takde menda yg free, mentaliti kena ubah. dah masuk MRSM pun, kalau kelakuan tak baik, keputusan mencorot, ada la peluang kena pindah skolah.. giteww..

bg adik2 dan makpak deme yg B40, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. sepupu iols yg marhaen ada jahh yg pikiaq taknak pi ipta sbb takde duit nak bayaq yuran, tapi sbb ada sepupu lain yg deme minta tolong, dpt la sedikit wang pendahuluan utk survive bayaq yuran dan masa bln2 pertama tuh. semua bergantung kpd ikhtiar. paling koman pun, habaq la kat ansara ka ketua penghulu ka sedara ka sapa ka.. pasti ada jalan penyelesaian. jalan tuh dah ada, samada nak amik ke tidak jahh.. hendak seribu daya.

hang baca keluhan2 ni kat mana?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2022 03:35 PM | Show all posts
Nnasda53 replied at 18-3-2022 09:32 AM
Objektif asal MRSM di perkenalkan tujuan untuk menambah bilangan bumiputra dalam bidang profesional  ...

rasanya deme bg bantuan kpd yg kurang berkemampuan, tapi iols tak tau sbb mak pak keje cikgu so dianggap mampu bayaq yuran.
asal MRSM mmg utk bantu yg tak berkemampuan. tapi nak masuk tu tetap tgk kelayakan... giteww..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2022 03:42 PM | Show all posts
juruterra replied at 18-3-2022 09:49 AM
tahun ni 1% je allocation T20 mrsm, 89% utk B40. and ada assistance utk murid yg betul2 miskin tak ...

mak pak T20 dolu2 nak masukkan anak2 deme ke SBP MRSM bagai bkn sbb rumah tak conducive, tapi sbb nak bina link kengkawan, dan sbb skolah2 tuh baguih tak perlu gigih nak hantaq anak pi tusyen. kalau iols ada anak pun iols akan berbuat demikian. non-malays mmg nak menda nih sbb deme nampak kebaikan hantaq anak ke tmpt2 mcm tuh. umpama veranak pastu ada org lain pastikan anak skor peksa.. giteww.. dolu2, tmpt2 ni pun lubuk nak dpt biasiswa. jaman now, iols tak tau la.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.106807 second(s), 67 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list