CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11146|Reply: 105

Fazura Bakal Kembali Berlakon Drama Bersiri Islamik! Fattah + Nasir Bilal Khan for Drama Raya

[Copy link]
Post time 19-3-2022 06:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by codenamedream at 20-3-2022 05:44 PM

Pelakon, penyanyi dan usahawan terkenal, Nur Fazura memaklumkan akan kembali membintangi sebuah drama bersiri berkonsepkan Islamik selepas sambutan Hari Raya tahun ini.
Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 38, mengakui beliau tidak mahu lagi memegang watak wanita yang merebut lelaki serta mempunyai jalan cerita seakan cinta tiga segi.

“Sejujurnya, kami telah mendapat banyak tawaran berlakon tetapi saya tak nak lagi membawa watak yang berkonsepkan cinta tiga segi atau ada adegan merebut lelaki.

Kita sebagai wanita tak buat perkara sedemikian, we don’t pry for man. Saya tak suka untuk membuat sesuatu perkara yang tiada manfaat.

“Namun saya sedar dan tahu ramai penonton kita yang suka jalan cerita macam tu sebab ia sangat ringan.

“Tapi pada pendapat saya pula, saya sudah sering memegang watak sedemikan.
Jadi saya tak mahu untuk membawa watak yang sama.

“Insya-Allah, pada tahun ini akan ada satu tawaran yang sangat menambat hati saya iaitu sebuah drama yang membawa konsep Islamik, sangat memartabatkan figura wanita yang saya rasa macam ini yang saya mahu lakukan.

“Jika ada rezeki dan dipermudahkan, dan kalau saya terima, Insya-Allah mungkin lepas raya saya akan berlakon semula.

“Saya berasa sangat teruja dan itu adalah hadiah kepada peminat-peminat yang merindukan saya berlakon,” ujarnya.

Fazura ditemui di majlis pelancaran, ‘Baraqah Jumaat bersama Fazura dan Bonda Muhaya’ di Petaling Jaya pada Jumaat.

]Mengulas lanjut mengenai kolaborasi berkenaan, Fazura mengakui sangat teruja apabila diberi peluang untuk bekerjasama dengan insan yang beliau sangat kasihi, Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad.

]“Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana termakbulnya hasrat saya untuk berkolaborasi bersama insan yang saya kasihi, iaitu Bonda Muhaya untuk koleksi telekung bersama jenama beliau, Muhayya Magical.


“Koleksi Fazura x Muhayya ini menampilkan dua koleksi, Rindu Ramadan dan Sayang Syawal yang terdiri dari pelbagai warna-warna yang menarik sempena bulan Ramadan dan musim perayaan yang bakal menjelang tidak lama lagi,” katanya.

  


Dalam perkembangan lain, Fattah Amin memaklumkan dia akan berlakon drama raya dengan Nasir Bilal Khan dibawah arahan Rashid Sibir untuk Astro.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2022 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan, rindu nak tengok faz belakon
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Yey can't wait..mst dh watak isteri2 akak2 dh kot faz skrg. Doesn't matter la. Rindu nk tgk dia dlm drama
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Faz berlakon best. Hopefully pandai pilih watak yang lain sikit even dah berhijab sebab retis lepas berhijab mesti dapat watak perempuan tersakiti nangis dalam hujan..cth terdekat amira rosli. dah berapa drama back to back watak air mata je, start dari drama nur. dulu time freehair sempat la dapat watak psycho sekali
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Berseri2 mak timah
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Hero fattah ke aum
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2022 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Bole ler tgok koleksi tudung telkung faz nanti....pandai die...payment belakon dpt promte tudung pon dapt
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka tgk dia berlakon, hidup je wataknya.

Masa tahajud cinta tu, mulut petah geram tgk. Lawa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2022 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kakafaz blakon jadi kakak ke, jadi mak ke, elok je.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
We don't  pry for man..terbaik faz. Sangat woman empowerment. Tak sabar nak tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 10:01 PM | Show all posts
Betol tu, drama balik2 berebutkan laki, kahwin paksa semua
Watak Faz selalunya x cliche sgt kan
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik Faz..rindu nk tgk berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 10:14 PM | Show all posts
yeahhh...tak sabar nak tengok..Faz mmg pandai pilih watak...
iklan tudung yg faz berlakon 10 watak tu deserve a standing ovation...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Jarang org yg pkai warna pastel.. Lebih nmpak trserlah wajah dia.. Nice warna pastel sesuai kot gn dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul lah. Watak cinta bersegi segi ni, untuk baru belajar bercinta ok la.
Umur dah makin meningkat, dah tak kosser nak berebut laki.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeay!!xsbr nk tgok faz blakon.. Rindu.. Btw cantiknya faz ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2022 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
likecandy replied at 19-3-2022 10:01 PM
Betol tu, drama balik2 berebutkan laki, kahwin paksa semua
Watak Faz selalunya x cliche sgt kan

Pelbagai jugak watak2 dia sepanjang bergelar pelakon..

Filem
1. Bicara Hati - budak sekolah yg jatuh cinta ngan cikgu
2. Gol & Gincu - pelajar kolej, girly dan ada team futsal
3. Qaisy & Laila - volunteer Malaysian Relief Team yang bercinta ngn pemuda Afghanistan
4. Kayangan - gadis kampung yg bercinta dgn anak raja (ada dialek nogori 9)
5. Pisau Cukur - personaliti TV yg jgk girlfriend VIP, cheeky, berani dan gila2 (ada elemen penyiasatan)
6. Lagenda Budak Setan - wanita yg cintanya bertepuk sebelah tangan
7. Kami Histeria - watak hantu cantik yg crush ngn Afdlin Shauki & suka mkn coklat KitKat
8. Langit Cinta - gadis kampung yg jatuh cinta dgn pemuda kaya tp hubungan x direstui keluarga lelaki
9. Manisnya Cinta di Cappadocia - konflik seorang gadis yang terpaksa berdepan dengan cinta tiga lelaki
10. J-Revolusi - seorang ejen yang dijadikan tebusan penjenayah
11. Janji Zehan - wanita yg berkahwin dgn lelaki warga asing dan berdepan konflik budaya dgn si suami
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 19-3-2022 11:06 PM
Pelbagai jugak watak2 dia sepanjang bergelar pelakon..

Filem

Recaps terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 19-3-2022 11:06 PM
Pelbagai jugak watak2 dia sepanjang bergelar pelakon..

Filem

Terbukti how versatile kakafaz...
Mmg dia selective bab watak...
Biasanya yg terbaik dan meninggalkan kesan...
itu yg mmbezakan dia dgn pelakon lain..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawa betul faz pakai tudung bawal tu.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 6789 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.082530 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list