CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2593|Reply: 0

[SEJARAH] Sejarah, latar belakang daerah Tangkak

[Copy link]
Post time 20-3-2022 01:45 PM | Show all posts |Read mode
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG DAERAH TANGKAK

Tangkak merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di daerah Tangkak, Johor serta merupakan bandar pentadbiran utama di daerah Tangkak (sebelum ini pernah digelar daerah Ledang). Tangkak merupakan sebuah penempatan yang telah lama dibuka, sebelum ia dibangunkan oleh Dato Muhammad Salleh bin Perang, Dato Bentara Luar pada akhir kurun ke-19. Nama asal Tangkak sebelum itu adalah Chohong.

Tangkak mula diterokai pada abad ke-19 oleh kumpulan orang-orang dari Pagar Ruyung yang mula membuka Cohong. Kedudukan Cohong di Negeri Melaka adalah perkampungan yang hampir dengan Tangkak telah diterokai pada abad ke-18. Kumpulan yang membuka Tangkak telah menyusuri sebuah anak sungai di hulu Sungai Kesang mudik ke hulu menuju ke arah Gunung Ledang. Di tebing sebelah kiri sungai terdapat sebuah bukit. Mereka meredah hutan berpaya menuju ke bukit tersebut dengan merangkak melalui akar-akar dan rotan yang menjalar di hutan berpaya.

Setelah perkampungan berjaya dibuka, mereka sering berulang alik ke tempat asalnya Cohong dan apabila diajukan pertanyaan "Engkau duduk tang mana?", maka dijawabnya "Aku duduk tempat tang merangkak sana ! Oleh kerana sering disebut perkataan "tempat merangkak" atau "tang merangkak" maka akhirnya diringkaskan menjadi sebutan TANGKAK.

Pada tahun 1901, Kerajaan Johor mewujudkan sistem pentadbiran moden apabila Pusat Pentadbiran di Cohong dipindahkan ke Bandar Tangkak. Taraf daerah diberikan dan pentadbirannya bergelar Pegawai Daerah. Ketika itu Negeri Johor mempunyai Sistem Pesuruhjaya Kerajaan yang mengetuai pentadbiran daerah yang besar dan Pegawai Daerah ditugaskan mentadbir daerah yang kecil.

Selepas tamat perang dunia kedua, sistem pentadbiran daerah telah diubah. Jawatan Pesuruhjaya Kerajaan telah dihapuskan dan Pegawai Daerah ditugaskan mentadbir Daerah Besar, manakala Penolong Pegawai Daerah mentadbir daerah kecil. Tangkak merupakan daerah kecil pada ketika itu.




Rumah ni di Kg. Sialang. Dibina pada tahun 1909. Rumah ini digelar Rumah Helang kerana terdapat replika burung helang pada bumbung rumah tersebut dan ini juga dipercayai tiada kena mengena dengan asal usul kampung Sialang.

Menurut En Hassan, rumah helang itu dibina oleh pemiliknya berikutan dia sering berulang alik ke Siak dan mengambil senibina istana Kerajaan Siak yang mempunyai replika helang pada bumbungnya.

Sememangnya istana Siak di Indonesia mempunyai replika helang pada bumbung. Telah di runtuhkan pada tahun 2013 oleh pewarisnya kerana bangunan tersebut telah tidak kukuh lagi.

Yang tinggal hanya sedikit ruang dapur yang telah di ubah suai menjadi rumah dan masih lagi kelihatan batu lama bangunan tersebut.

Pn Fatimah yang merupakan waris rumah tersebut.Pn Fatimah adalah cucu kepada pemilik asal Rumah Helang Tangkak. Kemusnahan rumah Helang Tangkak merupakan satu kerugian pada daerah Ledang kerana nilai warisan bersejarah yang berharga.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.081738 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list