CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 874|Reply: 0

[DUNIA] “La Isla de los Alcatraces,”

[Copy link]
Post time 23-3-2022 12:16 AM | Show all posts |Read mode




Hari ini 59 tahun yang lalu, Penjara Alcatraz menutup operasinya.

Pulau berbatuan seluas 22 ekar yang terletak 2 km dari pantai San Francisco, California A.S. itu diteroka oleh Juan Manuel Ayala pada 1775. Peneroka Sepanyol itu menamakannya “La Isla de los Alcatraces,” kerana dipenuhi burung Alcatraz.

Pada 1850, Presiden Millard Fillmore mewartakannya untuk kegunaan tentera & dijadikan kubu pertahanan tatkala Teluk San Francisco semakin dipenuhi para pemburu emas dari merata tempat setelah emas ditemukan di pergunungan Sierra Nevada.

Di awal 1860-an, ia bertukar menjadi tempat tahanan para pengkhianat ketika Perang Saudara & terus menjadi penjara. Sekitar 1910-an, ia dijadikan pula penjara tentera sehingga 1933 sebelum diserahkan kepada Biro Penjara Persekutuan tahun berikutnya.

Kerana lokasinya yang terasing, Alcatraz dijadikan penjara awam Amerika pertama berkawalan keselamatan tahap tertinggi untuk menempatkan para penjenayah paling berbahaya yang tidak mampu dikawal di penjara persekutuan lain.

Banduannya hanya diberi 4 hak: pakaian, makan & minum, tempat berteduh & perubatan. Aktiviti rekreasi & kebenaran lawatan keluarga hanya diraih melalui kerja keras. Perlakuan buruk pula dihukum dengan berat, termasuk dirantai dengan bola besi.

Antara banduan termasyhurnya adalah Al “Scarface” Capone, George “Machine Gun” Kelly & Robert “Birdman” Stroud. Pulau yang digelar “Uncle Sam’s Devil’s Island” itu hanya boleh memuatkan antara 200-300 banduan pada satu-satu masa.

Begitupun ketat kawalannya, dilaporkan ada 14 percubaan melarikan diri dibuat oleh 30 orang banduan. Hanya 3 orang berjaya meloloskan diri, sebahagian besarnya dapat ditangkap, beberapa ditembak & ada yang mati lemas.

Bagaimanapun kos pengoperasiannya terlalu tinggi, segala bekalan dibawa masuk dengan bot termasuk air bersih, di mana hampir 1 juta gelen dihantar setiap minggu. Akhirnya pada 21 Mac 1963, operasi Penjara Persekutuan Alcatraz ditamatkan.

Pulau Alcatraz menjadi sebuah taman negara pada 1972 & dibuka sebagai lokasi pelancongan awam pada tahun berikutnya, menerima lebih sejuta pengunjung setiap tahun.


Sumber: History, ThoughtCo., Britannica

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.049936 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list