View: 894|Reply: 0
|
Hajat Zaqhwan tak kesampaian
[Copy link]
|
|
Hajat Zaqhwan tak kesampaian
Zaqhwan (belakang) dan Apiwath Wongthananon bersaing sengit dalam Perlumbaan 2 ARRC di Litar Antarabangsa Chang. - Foto ARRC
KUALA LUMPUR: Impian untuk meraih kemenangan berganda di Litar Antarabangsa Chang, Thailand tidak kesampaian buat pelumba negara, Zaqhwan Zaidi pada saingan pembuka tirai Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2022, hari ini.
Zaqhwan yang memenangi Perlumbaan 1 semalam, memulakan Perlumbaan 2 hari ini dengan baik namun aksi penuh dramatik pada baki terakhir perlumbaan menyaksikan dia terpaksa berpuashati di tempat kedua dengan catatan 21 minit 02.704 saat (s).
Pelumba tuan rumah, Apiwath Wongthananon (YAMAHA Thailand Racing Team) memenangi perlumbaan dengan catatan keseluruhan terpantas 21:02.530s manakala Anupab Sarmoon (YAMAHA Thailand Racing Team) berada di tempat ketiga, 21:04.032s.
"Sebenarnya saya kecewa kerana saya cuba memburu gelaran berganda," kata Zaqhwan.
"Namun ini juga rezeki dan pada penghujungnya kami dapat meraih podium. Itu yang paling utama untuk kami terus mengumpul mata.
"Saya mungkin melakukan sedikit kesilapan pada awal pusingan, di selekoh pertama dengan hampir menyentuh pelumba di depan. Pada masa itu, saya seakan sedar mungkin agak sukar untuk ke podium. Namun saya terus berusaha dan akhirnya berada di pentas podium."
Pelumba Honda Asia-Dream Racing with SHOWA itu kini mendahului carta keseluruhan kelas ASB1000 dengan 45 mata manakala Wongthananon berada di tangga kedua, 38 mata.
Rakan senegaranya, Sarmoon berada di tangga ketiga, 36 mata.
Sebelum itu, suasana lebih ceria dalam kelas SuperSports 600 dan juga Underbone 150 apabila dua pelumba negara, Helmi Azman dan Md Afif Amran masing-masing memenangi Perlumbaan 2.
Helmi yang menyertai kelas SuperSports 600 pada 2019 meraih kemenangan sulungnya dalam kelas kedua tertinggi itu selepas menemui garisan penamat dengan catatan keseluruhan terpantas, 19:59.528s.
Pelumba Boon Siew HONDA Racing Team itu mengatasi 4.901s di depan pencabarnya Nakarin Atiratphuvapat (HONDA Racing Thailand) dan melengkapkan podium di tempat ketiga adalah Ibrahim Norrodin, (20:04.686s).
"Pada awalnya saya mahu mengekori Andi Farid Izdihar (ASTRA HONDA Racing Team) namun dia terbabas dan saya cuba mengekalkan catatan masa sepusingan saya. Namun tidak boleh kerana suhu trek tinggi dan saya hanya cuba mengekalkan rentak.
"Kemenangan ini sememangnya sudah dinantikan agak lama kerana kali terakhir saya memenangi perlumbaan adalah dalam kelas Underbone150. Akhirnya, saya memenangi perlumbaan dalam kelas SuperSports 600 dan terima kasih kepada semua," katanya.
Dalam kelas Underbone 150, pelumba Cardinals Racing Team Malaysia, Ahmad Afif Amran turut menceriakan kem Malaysia, memenangi perlumbaan dengan catatan 16:34.083s.
Menamatkan perlumbaan di tempat kedua adalah pelumba ONEXOX TKKR Racing Team, Wahyu Aji Trilaksana (16:37.136s) manakala Murobbil Vithoni dari pasukan LFN HP969 Indonesia Racing Team melengkapkan pentas podium di tempat ketiga (16:37.357s).
https://www.bharian.com.my/sukan ... hwan-tak-kesampaian
|
|
|
|
|
|
|
| |
|