CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2713|Reply: 58

Pesara Polis Didenda RM6,500 Tembak Kucing Makan Ayam

[Copy link]
Post time 6-4-2022 05:09 AM | Show all posts |Read mode
Hanya kerana marahkan seekor kucing memakan ayam peliharaannya, seorang pesara polis didenda RM6,500 oleh Mahkamah Majistret Selayang selepas mengaku bersalah atas tuduhan menembak mati haiwan berkenaan.


Pada 16 Disember 2021, tertuduh, Zainol Abidin Md. Zain, 64, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan tersebut, namun, menukar pengakuannya kepada bersalah pada sebutan kes berkenaan hari ini.




Gambar hiasan




Mengikut pertuduhan, bapa kepada tujuh anak itu didakwa melakukan khianat dengan membunuh seekor kucing dengan menembaknya menggunakan senapang patah kira-kira pukul 6.40 petang, 1 Julai 2020 di kebunnya di Kuang dekat sini.


Bagi dakwaan ini, pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-dua sekali.


Pada masa, tarikh dan tempat sama, warga emas itu juga didakwa melepaskan tembakan di tempat awam tanpa sebarang sebab yang dibenarkan oleh undang-undang dan dituduh mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960.


Pertuduhan tersebut memperuntukkan hukuman mengikut Seksyen 43 akta sama iaitu hukuman penjara maksimum setahun atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya sekali.


Terdahulu ketika mengemukakan rayuan, peguam bela, Azman Abdullah yang mewakili Zainol Abidin memohon agar anak guamnya dikenakan hukuman yang ringan atas alasan tertuduh bertindak menembak kucing itu kerana haiwan tersebut telah memakan ayam jantan tertuduh.


“Pelbagai cara telah dilakukan bagi mengelak kucing tersebut memakan ayam tertuduh. Pada hari kejadian selepas tertuduh menembak kucing itu, tertuduh sendiri telah menanam kucing tersebut,” kata peguam itu.


Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Nur Shasha Hidayah Nor Azhar memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal kerana tindakan menembak kucing tersebut adalah tidak wajar memandangkan kucing bukanlah seekor haiwan yang merbahaya.


Majistret Nik Fadli Nik Azlan selepas mempertimbangkan rayuan dan hujah kedua-dua pihak menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara enam bulan manakala bagi pertuduhan kedua, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM1,500 atau penjara dua bulan.


Gagal membayar jumlah denda, hukuman penjara terhadap pesara polis itu boleh ditambah lagi lapan bulan. Tertuduh membayar denda tersebut.




Sumber: UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2022 06:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Hebat kucing tu mkn ayam jantan
Tp pakcik ni sgt over, siap tembak mati
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 6-4-2022 06:10 AM
Hebat kucing tu mkn ayam jantan
Tp pakcik ni sgt over, siap tembak mati

Kalo akulaa.. aku tgkp pi letak dekat tmpat lain.. buang jauh jauh.. bunuh takde laa.. takut aku kucing tuu pi ngadu dgn Allah..kena cash nanti..

Mcm jiran aku pi kerat dua kucing.. masa ningggal susah sgt sakratul maut...  aku pernah dengo ceramah.. kucing ni mkluk yg disayangi oleh golongan kat atas sana tuuu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 6-4-2022 06:17 AM
Kalo akulaa.. aku tgkp pi letak dekat tmpat lain.. buang jauh jauh.. bunuh takde laa.. takut aku k ...

Sama la
Rumah aku ni kucing suka sgt dtg, mcm2 onar dah dia buat tp aku xkan sampai hati nak bunuh
Abis kuat aku just spray air je la
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Amenda ni?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 07:00 AM | Show all posts
Buritan replied at 6-4-2022 06:17 AM
Kalo akulaa.. aku tgkp pi letak dekat tmpat lain.. buang jauh jauh.. bunuh takde laa.. takut aku k ...

uols jiran kaka dulu
tumbuk kaca letak dalam daging bagi anjing stray makan
sama seperti jiran you lah pengakhirannya

kaka dan family animal lover
anjing stray pun anak2 bagi makan
jangan cerita kucing dan binatang lain
jadi zoo rumah


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2022 07:25 AM | Show all posts

Oyen datang mengadap
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Effect x pencen pacik ni???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2022 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 6-4-2022 06:17 AM
Kalo akulaa.. aku tgkp pi letak dekat tmpat lain.. buang jauh jauh.. bunuh takde laa.. takut aku k ...

Kejam nya arwah jiran tu .
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Baik scam orang dari bunuh kucing kalo camni... ady kanna scam org 85 juta, baru denda rm10k
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 6-4-2022 06:28 AM
Sama la
Rumah aku ni kucing suka sgt dtg, mcm2 onar dah dia buat tp aku xkan sampai hati nak bunuh ...

Betull.. plg hebak jentik telinga.. kalo stray cat tuu kecik sgt.. terpksalaa aku bela.. selagi kucing tuu tak ganggu aku.. aku bg je mkn.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 6-4-2022 07:41 AM
Kejam nya arwah jiran tu .

Yep.. tak tau laa dia kek sana..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
xAthenax replied at 6-4-2022 07:00 AM
uols jiran kaka dulu
tumbuk kaca letak dalam daging bagi anjing stray makan
sama seperti jiran yo ...

Dasatnyaa.. kejam sggh manusia..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 09:40 AM | Show all posts
Buritan replied at 6-4-2022 06:17 AM
Kalo akulaa.. aku tgkp pi letak dekat tmpat lain.. buang jauh jauh.. bunuh takde laa.. takut aku k ...

Allah, sanggup dia kerat kucing...

btw, besar betul ke kucing ni? sbb ayam jantan kan besar...biasa yg tangkap ayam ni musang.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Kucing makan ayam?

Biar betik
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 09:45 AM | Show all posts
Buritan replied at 6-4-2022 06:17 AM
Kalo akulaa.. aku tgkp pi letak dekat tmpat lain.. buang jauh jauh.. bunuh takde laa.. takut aku k ...

Hati macam apa la dia ni.. Sanggup kerat kucing hidup2.. Yang forumer cita.. bagi kaca campur daging.
Kalau tak suka xpayah bagi makanan. Halau ja. Sembur air paip.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2022 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 6-4-2022 09:40 AM
Allah, sanggup dia kerat kucing...

btw, besar betul ke kucing ni? sbb ayam jantan kan besar...bia ...

Tak tau laa sis.. manusia ni mmg tak leh tgk luaran.. muka gangster tp sayang kucing.. muka set set setaz tp pembunuh kucing.. hanya Allah je yg tau hati perut kita..

Kucing pendtang masa dululaa pi mkn anak ayam aku.. mmg aku nangis.. esoknya aku tgkp buang jauh jauh
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 10:08 AM | Show all posts
she replied at 6-4-2022 09:42 AM
Kucing makan ayam?

Biar betik

uols jiran rohingya kaka dulu
pun tuduh my Bengal makan ayam dia yang duk atas pokok
mai umah bawa galah kau
apa tak kaka hangin, kucing aku  makan iams royal canine bagai
ko duk kat  bandar mana boleh bela ayam
dok bertekak pula
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 10:16 AM | Show all posts
sapa yang report dia tembak kucing? dia tembak kucing tu depan owner ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 10:19 AM | Show all posts
aku pun xsuke sgt kucing
tp berita cmni kejam betul
tahap sadis da ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.059675 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list