CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28085|Reply: 259

[Jenayah] YouTuber, 3 rakan ditahan berkait kes bunuh

[Copy link]
Post time 6-4-2022 07:42 AM | Show all posts |Read mode
Balik Pulau: Polis menahan seorang Youtuber dan tiga rakannya bagi membantu siasatan berhubung kejadian teman wanita Youtuber itu, cedera parah dipukul sebelum meninggal dunia, dalam kejadian di Teluk Kumbar di sini Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata empat lelaki berusia 23 hingga 28 tahun itu ditahan sekitar Teluk Kumbar dua hari lepas dan semalam bagi membantu siasatan kes bunuh tersebut.
"Polis menerima laporan daripada seorang doktor di Hospital Balik Pulau (HBP), di sini pada 10.39 malam Sabtu memaklumkan seorang wanita berusia 20 tahun dibawa ke hospital itu selepas tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal.
"Pemeriksaan ke atas mangsa mendapati terdapat kesan lebam di kepala dan seluruh tubuhnya sebelum wanita itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut berikutan keadaannya kritikal," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, mangsa yang juga seorang Youtuber meninggal dunia pada 3 April ketika menerima rawatan di HPP dan susulan itu polis menahan empat lelaki berkenaan bagi membantu siasatan.

Kamarul Rizal berkata, empat lelaki itu direman sehingga 11 April ini bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan bunuh.

Terdahulu media melaporkan, wanita itu mengalami kecederaan parah dipercayai dipukul teman lelakinya sebelum mangsa meninggal dunia dan kejadian tersebut berlaku selepas pasangan kekasih tersebut bertengkar disyaki bermotifkan cemburu.
Mangsa dan teman lelakinya menumpang di rumah sewa rakan mereka sejak tiba di negeri ini 27 Mac lalu untuk video laman YouTube mereka. Difahamkan wanita itu berasal dari Melaka.
Pergaduhan membabitkan pasangan itu dipercayai bermula dengan pertengkaran sebelum teman lelakinya dikatakan memukul mangsa dengan objek tumpul sehingga tidak sedarkan diri dan wanita tersebut dikejarkan ke HBP namun dirujuk ke HPP untuk rawatan lanjut sebelum meninggal dunia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2022 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Belum kawen dah kena pukul sampai mati. siapa la si mangsa seterusnya
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 08:01 AM | Show all posts
Edited by kawaiichicken at 6-4-2022 08:02 AM

siapa youtuber tu, satu rumah lak tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
siapakah itu
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Dedua ni Youtuber la ye? Siapa la eh? Umur 20, asal Melaka.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Laki tu nama jamal ka?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-4-2022 08:21 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 08:42 AM | Show all posts

YouTuber popular ditahan bantu siasatan kes kematian wanita

BALIK PULAU – Polis menahan seorang pemuda yang juga teman lelaki kepada seorang wanita yang dilaporkan maut dipercayai akibat dipukul dalam kejadian di sebuah kediaman kenalan mereka di Teluk Kumbar di sini Sabtu lalu.

Tangkapan ke atas suspek berusia dalam lingkungan 20-an itu bersama tiga lagi rakan lelakinya dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Daerah Barat Daya sejak semalam hingga hari ini.

Difahamkan, salah seorang suspek yang juga rakan teman lelaki mangsa merupakan Youtuber terkenal dan mempunyai lebih 100,000 pengikut.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, penahanan ke atas keempat-empat suspek dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang doktor di Hospital Balik Pulau mengenai pesakitnya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kritikal 2 April lalu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut ke atas badan mangsa berusia 20 tahun itu mendapati kesan-kesan lebam lama dan baharu pada seluruh anggota badanya.

“Mangsa kemudiannya telah dirujuk ke Hospital Pulau Pinang dan disahkan meninggal dunia pada hari sama.

“Bertindak atas maklumat, polis menahan kekasih wanita itu bersama tiga lagi rakannya yang dipercayai berada di tempat kejadian bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

“Mangsa dipercayai dipukul dengan menggunakan kekerasan atau objek tumpul. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk motif sebenar kejadian berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kamarul Rizal memberitahu lagi, kesemua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 11 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

▶️Kosmo Online



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2022 08:43 AM | Show all posts
Edited by annehuda at 6-4-2022 09:17 AM

tak pasti thread ni ade ke tak tapi memang tengah hot stuff la di kalangan bbnu skrang ni.
kronologi yg aku tau :

- arwah fb yan senrose, couple dengan youtuber bekas henry gurney, mmg bukak channel pun pasal hg, nama jamal, pegi ke rumah sorang lg ex-hg nama joker. joker dan jamal ni ada channel jokarko kt youtube.  
- pegi 1 ramadhan ke penang
- mati kene belasah oleh jamal kat rumah joker jugak
- cikgu hg muncul kasi nasihat sebab channel jokarko tu sampai sebut-sebut nama tenaga pengajar

  






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 08:48 AM | Show all posts
TT baru buka benang ni pukul 7 lebih tadi mod @annehuda
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 08:49 AM | Show all posts
youtuber mana nie.....x kawen, duduk skali
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 08:59 AM | Show all posts
kechikchomel replied at 6-4-2022 08:48 AM
TT baru buka benang ni pukul 7 lebih tadi mod @annehuda

hahahaha lajunye
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysian youtuber, mesti aku xkenal
Tapi kejam gila ah pukul sampai mati
Ank org tu, lain la nyamuk
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 09:03 AM | Show all posts
annehuda replied at 6-4-2022 08:43 AM
tak pasti thread ni ade ke tak tapi memang tengah hot stuff la di kalangan bbnu skrang ni.
kronologi ...

yg rambut hijau tu jokarko, yg saspek bunuh tu jamal, kawan jokarko

mai peneng ngan gf si diyana (yan senrose), nk buat penggambaran chanel jokarko

n jokarko nk buatkan chanel khas utk si sampah jamal ni... sbb mcm ada potensi la konun nk generate duit mudah,

mcm si yo parey n gang lah, tp ni pesen dak2 kuar HG n penjara
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 09:05 AM | Show all posts
tengah hot stuff la di kalangan bbnu


makcik bkn bbnu tp panas hati kt budak ni, sbb cara dia buat youtube tu kalau budak2 tgk mcm x sesuai la, x dak filter langsung! mencarut, cerita pasal liwat mcm bangga amat!!!!

bangsa ni mmg x sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 09:06 AM | Show all posts
kepompong replied at 6-4-2022 07:59 AM
Belum kawen dah kena pukul sampai mati. siapa la si mangsa seterusnya

yg pmpuan sapa suh ikut jantan,

bkn muhrim plak tu


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2022 09:08 AM | Show all posts
sukacactus replied at 6-4-2022 08:59 AM
Malaysian youtuber, mesti aku xkenal
Tapi kejam gila ah pukul sampai mati
Ank org tu, lain la  ...

x kenal pun x pa, bukn sapa2 pun, sampah ja ni

sendiri claim populer, ala sapa pun leh jd utuber lah nowdays

budak darjah 1 pun ada chanel, so what TF
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
baru umur 20 dah mati katak dikerjakan bopren yg sehidup semati itu
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
pengjaran buat gegadis yg mostly minat yg badboy2 ni..katanyer lbh thrill dari laki2 yg skema..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 09:09 AM | Show all posts
card_reader replied at 6-4-2022 08:49 AM
youtuber mana nie.....x kawen, duduk skali

yutber sampah! biasala tu, isap dadah, duduk sekoalh jahat, what to expect?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.089145 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list