CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1846|Reply: 21

'Bapa' Ninja Hattori, Fujiko Fujio A Meninggal Dunia

[Copy link]
Post time 8-4-2022 01:34 PM | Show all posts |Read mode
Artis manga terkenal Jepun, Fujiko Fujio A, yang popular dengan kartun digemari kanak-kanak termasuk 'Ninja Hattori' dan 'Little Ghost Q-Taro' meninggal dunia pada usia 88 tahun, lapor media tempatan, semalam.


Pelukis dengan nama sebenarnya Motoo Abiko, ditemui di luar kediamannya dekat Tokyo hari ini, menurut stesen penyiar swasta TBS dan beberapa laporan media yang lain.




Kredit foto: Asia Nikkei




Polis bagaimanapun enggan mengesahkan laporan itu kepada AFP, namun ramai pelukis dan mereka yang berada industri penerbitan menzahirkan penghormatan mereka kepada Abiko menerusi ciapan Twitter.


Abiko adalah anak lelaki sulung seorang sami di sebuah kuil bersejarah di wilayah Toyama tengah.


Namun keluarganya meninggalkan kuil selepas kematian bapa Abiko ketika beliau berada di tahun kelima atau gred lima persekolahan.


"Kematian ayah banyak mengubah hidup saya. Jika dia tidak meninggal dunia, saya fikir saya akan menjadi seorang sami," katanya kepada akhbar harian, Asahi Shimbun, pada 2020.


Di sekolah menengah, beliau berkawan dengan Hiroshi Fujimoto, yang kemudiannya mencipta kartun Jepun sangat digemari, 'Doraemon' dan pasangan itu mula bekerjasama.


Mereka membentuk usaha sama pada 1951, bersama-sama menghasilkan karya di bawah nama pena 'Fujiko Fujio' dan berkongsi apartmen Tokyo dengan artis manga terkenal lain termasuk Osamu Tezuka.


Salah satu karya awal mereka berdua ialah 'Q-Taro' yang mengisahkan seorang anak hantu yang baik tetapi nakal mula hidup bersama keluarga manusia, sekali gus diminati di Jepun dan luar negara.


Abiko juga menghasilkan pelbagai manga sendiri termasuk 'Ninja Hattori' mengisahkan seorang ninja menjadi kawan baik dengan kanak-kanak biasa serta karya lain yang disasarkan kepada golongan dewasa.


Walaupun sudah lama bekerjasama dengan Fujimoto, Abiko pernah mengakui beliau tidak mengikuti kartun 'Doraemon' dengan tekun.


"Saya mengelak daripada membacanya sebagai langkah berjaga-jaga kerana apabila saya membacanya, saya terpengaruh dengan mereka dan berfikir saya tidak boleh melukis seperti itu," katanya sambil ketawa.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2022 10:59 PM | Show all posts
Hikmat ninja bertukar menjadi burung, nin nin
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2022 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan doraemon?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2022 11:28 PM | Show all posts
Oh? takziah. cuma i tau ninja turtle je.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2022 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
@cmf_premierleag tersenyum sinis dengan beg sekolah Nobita
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2022 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Fujiko Fujio F. gol dahulu tahun 1996 sebelum Fujiko Fujio A. gol tahun 2022

@dua_chzy @chazey rindu dengan Yoshito Usui
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2022 11:52 PM | Show all posts

ntah pening ar kartunis jepun yang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 06:09 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 9-4-2022 11:36 PM
@cmf_premierleag tersenyum sinis dengan beg sekolah Nobita

aku ingatkan depa takdak idea lain nk lukis beg skolah nobita dan kengkawan
rupanya mmg budak2 skolah jepun pakai bag rondeseru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2022 06:11 AM From the mobile phone | Show all posts
hemo hemo hemo.. kartun yg tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 06:21 AM From the mobile phone | Show all posts
imanjannah replied at 10-4-2022 06:11 AM
hemo hemo hemo.. kartun yg tu ke?

Hemo hemo tu kartun ninja boy..

Ninja hattori ni jrg sgt ada kat tv rasanya..ntah la..ninja boy lawak skit..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 06:36 AM | Show all posts
kaoru44 replied at 9-4-2022 10:21 PM
Hemo hemo tu kartun ninja boy..

Ninja hattori ni jrg sgt ada kat tv rasanya..ntah la..ninja boy l ...

ada je kat tv.. dulu2 aku layan jgk.. melayan anak2 tgk tv. lawak si hattori ni.. dah dia ninja kan.. sesuka hati tido kat siling lah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 9-4-2022 11:03 PM
bukan doraemon?

bukan creator doraemon dah meninggal lama ke?
sebab tu komik doraemon pun dah tak ada terbit..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
tajuk familiar tapi tak penah tengok, yg aku tau ninja van dah dekat 2 minggu tak sampai2 lagi barang aku
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
TabletSusu replied at 10-4-2022 06:36 AM
ada je kat tv.. dulu2 aku layan jgk.. melayan anak2 tgk tv. lawak si hattori ni.. dah dia ninja ka ...

Scary skit tgok ninja hattori sbb muka dia mcm tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
imanjannah replied at 10-4-2022 06:11 AM
hemo hemo hemo.. kartun yg tu ke?


Ninja Hattori Kun berbeza dengan Ninja Boy lah makcik!

Ninja Hattori Kun:



Ninja Boy:



hemu, hemu, hemu
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 10-4-2022 07:48 AM
bukan creator doraemon dah meninggal lama ke?
sebab tu komik doraemon pun dah tak ada terbit..

masa fujio.fujko f meninggal tahun 1996..sedih juga..muram seminggu sebab ngefan sama doraemon sangat zaman tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2022 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
kaoru44 replied at 10-4-2022 06:21 AM
Hemo hemo tu kartun ninja boy..

Ninja hattori ni jrg sgt ada kat tv rasanya..ntah la..ninja boy l ...

ada sekitar 2006-2007 maghrib
ittalabitattok! dia punya tagline...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 9-4-2022 11:03 PM
bukan doraemon?

Ya,mangaka doreamon.fujiko fujio a ngan fujiko fujio f sama2 create doreamon,lepastu fujio fujiko a pilih untuk keluar dari team.fujio f fujiko pulak continue ngan doreamon n other manga cam perman,kiteretsu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Austronesian at 10-4-2022 08:57 PM

Baca sejarah Doraemon Fujio A Fujiko yg mula2 jadi pelukis utama Doraemon selepas beberapa volume Fujio F Fujiko sambung. Boleh nampak sgt beza stail lukisan awal Doraemon.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni Fujio A Fujiko stail lukisan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.229756 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list