CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4637|Reply: 67

[Tempatan] Pelbagai kaum berbaris seawal 12 tgh malam demi nasi lemak Taman Maluri termasuk time Ramadan

[Copy link]
Post time 10-4-2022 10:35 AM | Show all posts |Read mode
Sanggup beratur seawal 12 tengah malam untuk beli nasi lemak
By
Zazrina Zainuddin -
10 April 2022


Orang ramai sanggup beratur panjang seawal jam 12.00 pagi untuk merasai kenikmatan nasi lemak selepas mendapat sambutan di media sosial ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Maluri, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 10 APRIL 2022.

KUALA LUMPUR – Hanya menggunakan dua buah meja lipat di kaki lima sebuah bangunan, Nasi Lemak Beratur 7Eleven di Maluri menarik ratusan pelanggan yang sanggup berbaris lebih tiga jam untuk mencuba nasi lemak yang dijual.

Terletak di hadapan kedai serbaneka 7 Eleven, Jalan Perkasa 1, Maluri, Rahmah Bujai, 56 telah menjual nasi lemak sejak lebih 20 tahun lalu dengan harga RM2 sahaja.

Menurut Rahmah, sepanjang bulan Ramadan, waktu perniagaan diawalkan sejam, bermula 3 pagi berbanding hari-hari biasa.

“Sekarang, seorang maksimum boleh beli lima bungkus sahaja. Sebab kasihankan pelanggan lain yang berbaris panjang. Sebelum ni, ada yang beli berbelas bungkus seorang,” katanya sambil melayan pelanggan.

Tinjauan MalaysiaGazette sekitar jam 2 pagi hari ini mendapati lebih 50 pelanggan sudah pun mula berbaris.

Meskipun terpaksa berdiri di sepanjang kaki lima deretan bangunan kedai sejauh hampir 300 meter, rata-rata pengunjung tetap ceria dan sabar menanti giliran masing-masing.

Ada yang dilihat membawa kerusi lipat mudah alih supaya tidak perlu berdiri terlalu lama dalam barisan. Ada yang bergilir-gilir dengan pasangan untuk beratur, tidak kurang yang duduk bersila di atas kaki lima deretan kedai sementara menunggu meja jualan dibuka.

Bagi Syamimi Bokhari, 31 yang sudah menjadi pelanggan Nasi Lemak Beratur 7Eleven sekian lama, mengetahui permintaan yang tinggi, beliau telah mula menunggu sejak pukul 1 pagi lagi untuk membeli juadah sahur.

“Istimewanya nasi lemak ni, ‘portion’ nya banyak dan rasanya sedap. Kalau beratur panjang macam ni pun berbaloi,” jelasnya kepada MalaysiaGazette.

Namun, pernah terjadi apabila beliau tidak dapat membeli nasi lemak itu walaupun sudah beratur panjang kerana ada yang datang lebih awal daripadanya.

Pengalaman sama dikongsi Izzat Rahman, 28 yang datang kali kedua hari ini kerana nasi lemak itu habis terjual pada hari sebelumnya.

“Memang panjang beraturnya. Saya pun hairan, macam mana boleh panjang orang beratur semata-mata untuk nasi lemak,” katanya yang tidak sabar-sabar untuk mencuba makanan tersebut bersama isterinya.

Menghampiri jam 5 pagi, kami dapati kedua-dua tong nasi lemak telah pun habis. Kira-kira 10 pelanggan elihatan kecewa, termasuk Muhammad Ali, 26 yang datang ke sini dari Petaling Jaya.

Beliau tidak menyangka ramai telah beratur sejak tengah malam namun bukan rezekinya untuk merasai nasi lemak viral itu.

“Nasi lemak habis. Tapi takpe lah. Kalau ada lauk, beli lauk je lah. Nasi beli ditempat lain. Nak buat macam mana. Ramai sangat yang beratur. Tengoklah esok atau lusa saya cuba lagi,”ujarnya.

Selain nasi lemak biasa dengan lauk telur goreng, Rahmah juga menjual aneka jenis lauk pauk termasuk ayam masak merah, rendang dan sotong.

Beliau menyediakan kira-kira 14 ekor ayam setiap hari untuk dijual kepada pelanggan.

Namun, katanya, harga ayam dan sotong meningkat RM1 berbanding sebelum ini ekoran peningkatan harga barang, menjadi RM5 seketul ayam. – MalaysiaGazette

sumber: malaysiagazette.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2022 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesuai untuk ummah bujang dan akak2 berkeluarga yang malas masak di rumah.

Nasi lemak je pun.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Pwnah masuk berita kan dolu2 rasanya gerai yg sam asbb trademark 7e..masa tu org snaggup beratur dari jam 4 pg kalau x silap..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Camne kakak ni leh dpt 14 ekor ayam sehari sedangkan kfc sampai harini tak dapat-dapat ayam?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai 3 jam beratur sekadar nak mkn nasik lemak?..apa rahsia? Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 01:29 PM | Show all posts
Sambal nasi lemak paling sedap aku pernah rasa ialah buatan akak aku, tah berapa jam on slow cook. Sayangnya dia cuma masak untuk makan sendiri tak dapek lah nak viral.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2022 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 10-4-2022 01:29 PM
Sambal nasi lemak paling sedap aku pernah rasa ialah buatan akak aku, tah berapa jam on slow cook. S ...

Ye kawan akk  sambal die 4 jam atas dapur..kene kite merayu2 suh die buat...die cakap penat..die sendiri pun nak makan beli luar je.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 01:50 PM | Show all posts
Tengok ramai beratur camni, xsanggup laa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2022 01:51 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 10-4-2022 01:29 PM
Sambal nasi lemak paling sedap aku pernah rasa ialah buatan akak aku, tah berapa jam on slow cook. S ...

Nak resepi sambal boleh tak?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 01:57 PM | Show all posts
helle replied at 10-4-2022 01:49 PM
Ye kawan akk  sambal die 4 jam atas dapur..kene kite merayu2 suh die buat...die cakap penat..die s ...

kan...

aku siap tapau tanpa rasa bersalah bawa balik simpan dalam fridge bila nak makan panaskan sedikit demi sedikit. Dah habis sedeh


Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 01:58 PM | Show all posts
ezacbee replied at 10-4-2022 01:51 PM
Nak resepi sambal boleh tak?

resepi sambal takde. resepi nasi lemak boleh?


Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ade sape2 sini yang pernah makan ke? Sedap sangat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 02:13 PM | Show all posts
Samerosie replied at 10-4-2022 11:45 AM
Camne kakak ni leh dpt 14 ekor ayam sehari sedangkan kfc sampai harini tak dapat-dapat ayam?

Sebab cash term.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 02:24 PM | Show all posts
3 pg bkk kedai dah..pelanggan beratur start kol 1 pg....gile ke ape
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 03:06 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 10-4-2022 01:58 PM
resepi sambal takde. resepi nasi lemak boleh?

Hah lain ek? Resepi nasi lemak pun boleh laa..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 03:10 PM | Show all posts
ezacbee replied at 10-4-2022 03:06 PM
Hah lain ek? Resepi nasi lemak pun boleh laa..

Masak nasi lemak aku pandailah

Beras
Santan
Halba
Daun pandan
Halia
Garam

Meletops yum yum




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2022 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Drp beratur sampai 3-4 jam baiklah masak je nasi lemak sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 10-4-2022 01:29 PM
Sambal nasi lemak paling sedap aku pernah rasa ialah buatan akak aku, tah berapa jam on slow cook. S ...

slow cook tu betul
aku tgk dulu arwah Mak aku klu masak sambal
guna api kecik
Arwah siap buat benda2 lain
Kacau2 sambal in between
Cili betul2 masak garing tu yg buat ngam
Bwg bsr kena lebih baru lebih syiok
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
I suka btol sambal nasi lemak sorang seller ni..i mintak beli sambal saja sebalang..pastu frozenkan..dah abis order lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
chandrahusin replied at 10-4-2022 03:17 PM
slow cook tu betul
aku tgk dulu arwah Mak aku klu masak sambal
guna api kecik

Ye bawang lkene lebih..separuh blender dan separuh lagi tabur dalam ssambal..api kecik pun xleh tinggal lama sangat kene selalu kacau jugak takut warna sambal tak cantik...sambal ni mmg merah menyala tapi tak pedas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.108836 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list