CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 612|Reply: 6

[Tempatan] Ahli DAP Paloh direman tiga hari bawah Akta Hasutan

[Copy link]
Post time 11-4-2022 01:33 PM | Show all posts |Read mode
Ahli DAP Paloh direman tiga hari bawah Akta Hasutan

https://www.malaysiakini.com/news/617630

Alyaa Alhadjri
Diterbitkan:  Apr 11, 2022 12:15 PM⋅
Dikemaskini: 12:15 PM





Seorang ahli DAP bahagian Paloh ditahan di rumahnya lewat tengah malam tadi kerana didakwa menghasut melalui kiriman Facebook yang dibuat semasa pilihan raya negeri (PRN) Johor baru-baru ini.

Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Omar Ali berkata Mahkamah Majistret Johor Baru awal pagi ini membenarkan perintah reman tiga hari terhadap S Murugan, 43 tahun, salah seorang petugas kempennya di Paloh.

“Murugan dijemput polis dari rumahnya di Paloh dan dibawa ke Johor Baru kerana laporan polis terhadapnya dibuat di Iskandar Puteri.

"Siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dikatakan berhubung dengan catatan Facebooknya yang didakwa menggalakkan kaum India supaya tidak mengundi MIC," kata Sheikh Omar kepada Malaysiakini ketika dihubungi selepas pendengaran reman.

"Murugan adalah ahli DAP Paloh yang setia bekerja untuk parti dan membantu saya sejak pilihan raya umum ke-14 lalu," kata bekas Adun Paloh itu yang hadir di mahkamah pagi ini.

Pada PRN Johor lalu, Sheikh Omar gagal mempertahankan kerusi Paloh menentang Lee Ting Han dari BN dari MCA.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2022 02:52 PM | Show all posts
dia hasut apa?

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah lah .tapi kawasan Paloh ni last PRU dimenangi DAP di Mana Penyandang nya Sheikh Omar tulah. PRN kali ni BN menang dengan Penyandang dari MCA. Masa PRN tu calon ada 4 orang je dari parti DAP tu,BN,Pejuang dan Perikatan yg meletakkan wakil dia seorang Hindu dari parti PAS. for info,Paloh ini kawasan yang banyak estate sawit terutamanya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 11-4-2022 02:52 PM
dia hasut apa?


'menggalakkan kaum india supaya tidak mengundi MIC'.....tulis atas tu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 09:29 PM | Show all posts
Skuau replied at 11-4-2022 09:00 PM
'menggalakkan kaum india supaya tidak mengundi MIC'.....tulis atas tu...

kalau menggalakkan kaum melayu supaya tidak mengundi UMNO kira menghasut tak?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2022 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 11-4-2022 09:29 PM
kalau menggalakkan kaum melayu supaya tidak mengundi UMNO kira menghasut tak?


kalo nk tau...hang kena la terai tulis camtu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.046508 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list