CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 984|Reply: 9

[Tempatan] Setahun diburu, Nicky Liow akhirnya serah diri

[Copy link]
Post time 11-4-2022 11:43 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 11-4-2022 07:45 AM

Setahun diburu, Nicky Liow akhirnya serah diri[size=14.399999618530273px]Oleh Safeek Affendy Razali - April 11, 2022 @ 11:10am[email protected]





Nicky sebelum ini diburu polis atas dakwaan terbabit dalam jenayah terancang seperti penipuan dan pengubahan wang haram. - Foto NSTP/Nur Aisyah Mazalan




KUALA LUMPUR: Selepas setahun melarikan diri daripada pihak berkuasa, ahli perniagaan dalam buruan, Nicky Liow akhirnya menyerah diri kepada polis.

Nicky, 34, yang juga pengasas Winner Dynasty Group menyerah diri di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Menara KPJ, Jalan Tun Razak, di sini, jam 11 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain, berkata ahli perniagaan itu ketika ini berdepan lebih 20 kes berkaitan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLAFTA).

Dia (Nicky) akan dihadapkan ke Mahkamah Shah Alam esok (hari ini) untuk menghadapi sebanyak 26 pertuduhan. Sebelum ini pada 23 Mac lalu, Mahkamah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap ke atas Nicky atau Liow Soon Hee untuk menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(a) AMLAFTA," katanya kepada BH hari ini.

Razarudin berkata, sebelum ini siasatan berhubung Seksyen 130 V hingga Seksyen 130 ZB Kanun Keseksaan bagi Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) digugurkan oleh mahkamah.

BH sebelum ini melaporkan, Nicky diburu selepas Polis Johor mengadakan operasi dan serbuan berasingan di Puchong, Selangor, sebelum menahan 12 individu termasuk seorang bergelar Datuk Seri.

Sindiket itu sebelum ini disyaki terbabit dalam pelbagai jenis kes penipuan dalam talian. Nicky juga pernah ditahan kerana mencederakan dua anggota Sukarelawan Malaysia (RELA) yang sedang bertugas di perkarangan Tokong Kou Ong Yah, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, Kuala Lumpur, lima tahun lalu.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/04/944778/setahun-diburu-nicky-liow-akhirnya-serah-diri


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2022 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasalah bukan payung pasar malam.

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 12:12 AM | Show all posts
baca aje kat twitter Edisi Siasat.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Ala...nti lepas le tu
Mesti menyerah sbb dah ada plan
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca dkt edisi siasat, diaorang kata habis2 pon kena hukuman plg minima jah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 02:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Serah diri sebab boring jadi pelarian
Ada orang sub ler tu
Sebab dah tahu hukuman ciput je nanti
Entah2 lepas dengan denda aje
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2022 06:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Ntah-ntah asset duit dia aman-aman je beranak pinak lagi.. takat dia kena serah diri. Dah bertahun buat kerja sure dh ada planning
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 06:17 AM | Show all posts
duit2 semua dah simpan baik punya kat hidden account…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua dah ‘under control’ boleh lah dia serah diri. Ntah2 nanti jadi NFA je.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 07:18 AM | Show all posts
geng-geng pun dah lepas kan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.107011 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list