CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 335|Reply: 0

Guru Agama Harus Dalami Manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah - Raja Muda Perlis

[Copy link]
Post time 12-4-2022 03:33 AM | Show all posts |Read mode
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa ‘Adalah menjadi suatu kemestian bagi setiap guru agama di negeri Perlis memahami, menghayati dan berpegang dengan manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis.


Manakala daripada aspek fiqh pula dengan mengamalkan semua mazhab Ahlus Sunnah Wal Jaamah selagi mana ia membawa kepada pemahaman sunnah yang sahih’.




Kredit foto: FB Jabatan Mufti Negeri Perlis




Jentera pentadbiran Negeri dan Persekutuan yang berkhidmat di negeri Perlis mestilah berusaha dan hendaklah memahami peranan guru-guru serta murabbi ini. Dalam hal ini, bantuan daripada agensi agama Persekutuan khususnya JAKIM, adalah diperlukan bagi memastikan proses pemahaman tersebut dipermudahkan bagi mereka yang berkaitan.


Semua guru agama juga mestilah mendapat tauliah mengajar yang dikeluarkan melalui Jabatan Mufti Negeri Perlis. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan mereka diambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang iaitu seksyen 33 Enekmen Jenayah Dalam Syarak dan seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Perlis




Kredit foto: FB Jabatan Mufti Negeri Perlis




Demikian titah Tuanku Raja Muda ketika berkenan berangkat merasmikan ‘Majlis Multaqa Murabbi Ummah (MMU) Peringkat Negeri Perlis Tahun 2022M/1443H’ yang diadakan di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail Kangar pada petang semalam.


Menurut Tuanku Syed Faizuddin Putra, ‘Kedudukan guru dan murabbi adalah mulia di sisi agama Islam. Di bahu mereka terpikulnya tanggungjawab mendidik dan membimbing umat untuk kekal berada di jalan yang benar. Sudah tentu, peranan ini akan menentukan nasib dan keadaan ummat pada masa hadapan’.




Kredit foto: FB Jabatan Mufti Negeri Perlis




Menurut Tuanku Raja Muda, Program Multaqa Murabbi ini hendaklah dijadikan medium perkenalan, penyatuan, dan penyelarasan kepada semua guru agama di negeri ini. Baginda menyokong usaha-usaha sebegini dalam rangka memaju dan merancakkan lagi kelas-kelas pengajian agama khususnya di masjid-masjid dan surau-surau dalam negeri ini, sesuai dengan jolokannya sebagai ‘Negeri Ilmu.




Sumber: Suara Merdeka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.042041 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list