CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 571|Reply: 2

Jembalang Halimunan Culik Budak Di Argentina

[Copy link]
Post time 12-4-2022 03:35 AM | Show all posts |Read mode
Seorang kanak-kanak di Argentina didakwa diculik makhluk halus jembalang yang kemudian menghanyutkannya di sebuah lagun sebelum diselamatkan anjing peliharaan mangsa, lapor akhbar Daily Star semalam.


Dalam kejadian  pada 6 April lalu, kanak-kanak dikenali sebagai Sebastian itu dikatakan diculik makhluk yang terkenal dalam cerita dongeng tempatan dan digelar Pombero.


Ia dikatakan bersaiz pendek, berbulu dan kuat. Makhluk itu juga jarang ditemui kerana boleh menjadi halimunan.


Menurut ibu Sebastian, Mariela Escalante, dia dan jiran-jirannya yang mencari kanak-kanak itu yakin bahawa Pembero telah melarikan anaknya.




Sebastian dipercayai diculik Pombero oleh penduduk tempatan. – Newsflash




“Ini bukan kali pertama kanak-kanak lelaki hilang dan ditemui jauh dari rumah,” katanya.


Menurut laporan media tempatan, Sebastian diselamatkan oleh anjing peliharaannya, yang menyalak untuk menarik perhatian penduduk berdekatan.


Haiwan itu dikatakan menarik jubah kostum adiwira Captain America milik kanak-kanak itu yang dipakainya ketika kejadian.


Seorang wanita kemudiannya menyedari bunyi salakan anjing itu, lantas berjaya mengenal pasti lokasi Sebastian sebelum menyelamatkannya daripada lemas.


Laporan bagaimanapun tidak menyatakan sama ada laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 04:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Jembalang ke Anjing Betina?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 07:58 AM | Show all posts
“Ini bukan kali pertama kanak-kanak lelaki hilang dan ditemui jauh dari rumah,” katanya.


takkan nak mengaku ko cuai, tak reti jaga anak kannn. pombero jugak dipitnah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.069884 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list