CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 729|Reply: 9

[Tempatan] Sudahlah membazir, jadi manusia pengotor pula

[Copy link]
Post time 12-4-2022 09:06 AM | Show all posts |Read mode
Sudahlah membazir, jadi manusia pengotor pula

https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... usia-pengotor-pula/

Oleh SYED MOHD HAZIQUE SYED NOR
12 April 2022, 9:00 am


PEMBAZIRAN makanan turut mencetuskan budaya membuang sampah dalam masyarakat.

Ramadan merupakan bulan yang ditunggu-tunggu setiap umat Islam.

Bulan mulia bagi memperbanyakkan amal ibadah. Masjid meriah dengan kunjungan orang ramai dan sumbangan makanan.

Pada bulan ini, orang ramai tidak melepaskan peluang bersedekah, buktinya apabila gelandangan mendapat lebih 15 bungkus makanan seperti didedahkan Kosmo! baru-baru ini.

Bazar Ramadan juga menjadi antara lokasi tumpuan sepanjang bulan ini bagi mendapatkan juadah berbuka puasa.

Golongan peniaga yang menjual makanan juga tumbuh bagaikan cendawan. Pada bulan ini juga, setiap isi rumah pasti menyediakan juadah lebih banyak daripada biasa, semua jenis makanan mahu dinikmati ketika berbuka.

Sehubungan itu, setiap tahun isu sampah atau sisa makanan pasti menjadi topik utama, pembaziran dikatakan berlaku lebih tinggi bulan ini.

Situasi ini tidak termasuk sampah sarap yang telah dicampak ke longkang dan tepi jalan.

Longgokan sampah di tapak pelupusan juga boleh menyumbang kepada pencemaran alam sekitar dan pemanasan global akibat pembebasan gas metana yang membawa kesan ke atas pemanasan bumi sebanyak 34 kali lebih besar berbanding gas karbon dioksida hasil daripada proses penguraian sisa makanan.

Penjagaan alam sekitar tanggungjawab semua insan.

Kehijauan flora dan fauna, penjagaan perparitan dan haiwan laut mampu mengekalkan ekosistem yang mampan.

Hasil kajian Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) me­nunjukkan pembaziran makanan meningkat antara 15 hingga 20 peratus semasa Ramadan berbanding purata pada bulan lain.

Menurutnya, pada tahun 2021, sekurang-kurangnya 10,000 hingga 15,000 tan makanan dibuang setiap hari oleh rakyat Malaysia sepanjang Ramadan ketika negara sedang dilanda pandemik dan daripada jumlah tersebut sebanyak 3,000 tan metrik adalah makanan yang masih boleh dimakan.

Pakar alam sekitar, Prof. Madya Dr. Ahmad Fariz Moha­med berkata, lambakan sampah berlebihan sepanjang bulan Ramadan seakan-akan menjadi satu budaya di negara ini dan pembaziran menyebabkan berlakunya lambakan sampah.

“Ketika ini ia seolah-olah menjadi trend apabila menjelangnya bulan Ramadan pastinya banyak lebihan makanan yang terpaksa dibuang.

“Ini bukan lagi perkara baharu, isu lambakan sampah makanan ini sudah terjadi sejak sekian lama dahulu,” katanya baru-baru ini.

Menurutnya, semua pihak termasuk peniaga dan pelanggan perlu memainkan peranan bagi menangani isu ini.

“Bagi peniaga, mungkin lebih baik sekiranya juadah yang dijual dalam kuantiti yang mampu habis bagi mengelakkan lebihan makanan.

“Pihak berwajib pula mungkin boleh menyediakan lebih banyak tempat buangan sampah atau tempat kitar semula di sekitar bazar.

“Ini bagi mengelakkan pembuangan sisa-sisa sampah ke dalam longkang yang boleh menyebabkan kerosakan pada sistem perparitan secara tidak langsung mengundang malapetaka lebih dahsyat seperti banjir kilat,” ujarnya.

Tambah beliau, orang ramai perlu memainkan pe­ranan dengan berpada-pada dan bersederhana dalam menyediakan juadah bagi mengelakkan pembaziran.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 09:18 AM | Show all posts
kesian pekerja pembersihan mesti penat berganda bulan ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 10:07 AM | Show all posts
maknanya harga makanan di bazar xde lah mahal,boleh je org beli byk2 lagi hahahaha,
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 10:07 AM | Show all posts
maknanya harga makanan di bazar xde lah mahal,boleh je org beli byk2 lagi hahahaha,
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 10:27 AM | Show all posts
Itulah akibatnya apabila dari kecil hanya di ajar….
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 10:29 AM | Show all posts
pengotor gila..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2022 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
"kita buang sampah pon dia worang ckp..malesia worang...we lap malesia"-asing worang
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 10:34 AM | Show all posts
Dah lama perasan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
tiap2 tahun berita sama. senang keje wartawan . kopipes lama2 punya. tkde perubahan pun
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 10:48 AM | Show all posts
kepompong replied at 12-4-2022 10:40 AM
tiap2 tahun berita sama. senang keje wartawan . kopipes lama2 punya. tkde perubahan pun

tukar date
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.050131 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list