CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 766|Reply: 12

Tempat Tinggal Menjijikkan, Bahaya Dan Kotor-Masih Ramai Majikan Langsung Tak Peduli Kebajikan Pekerja Asing

[Copy link]
Post time 12-4-2022 10:20 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Pemandangan yang menyambut mata ketika menjejakkan kaki di tingkat dua dan tiga sebuah bangunan kedai tiga tingkat di Bandar Tun Razak di sini amat menyedihkan.


Selain bau meloyakan tekak menusuk hidung, mata terarah pada pakaian yang bergayutan di ampaian, tindanan kotak berlipat di tepi dinding serta kelibat tikus dan lipas yang berkeliaran.


Percaya atau tidak, itulah realiti keadaan tempat tinggal 40 pekerja asing sebuah premis peruncitan yang disaksikan sendiri oleh wartawan Bernama ketika menyertai serbuan membanteras buruh paksa oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) baru-baru ini.


Foto: AWANI






UMPAMA PERHAMBAAN MODEN


Selain ruang yang terhad kerana "berkongsi" dengan stok barangan jualan pasar raya itu, pekerja asing terbabit tidur beralaskan kotak kerana tidak disediakan katil dan tilam, manakala pakaian mereka sekadar disidai pada tali yang diregang. Tidak ada almari mahupun perabot lain disediakan untuk mereka.


Ketiadaan sistem pengudaraan yang baik pula mencetuskan bau hapak meloyakan, sementara titisan air daripada paip bocor menghasilkan lopak-lopak kecil di atas lantai, menjadikan keadaan lebih jijik.


Ini belum lagi diambil kira bau najis dan kencing tikus.


Ketika ditemu bual Bernama, wakil majikan pekerja asing itu mendakwa pihaknya sudah menjalankan tanggungjawab menyediakan tempat tinggal namun tidak ada masa untuk memantau perkara-perkara lain. Sebaliknya, mereka menyerahkan kepada pekerja terbabit untuk menyelesaikan sendiri masalah penginapan.


Hasil operasi selama lima jam itu, majikan tersebut dikesan melanggar pelbagai peraturan menurut Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) dan Akta Kerja 1955.




Foto: AWANI








KES MEMBIMBANGKAN


Hakikatnya kes sedemikian berlaku secara meluas di negara ini. Malah kes seumpamanya merupakan kesalahan paling banyak dilakukan oleh majikan.


Berdasarkan data JTKSM bagi tempoh 12 bulan iaitu dari Februari 2021 hingga Mac tahun ini, sebanyak 1,285 kertas siasatan di bawah Akta 446 dibuka dengan 135 kes sudah didakwa, 908 dikenakan kompaun dan selebihnya dalam tindakan JTKSM. Sepanjang tempoh itu, denda yang dikenakan berjumlah RM1 juta sementara nilai keseluruhan kompaun sebanyak RM10.5 juta.


Walaupun banyak operasi dan tindakan undang-undang diambil, masih ramai majikan yang tidak cakna dengan kebajikan pekerja asing mereka terutama dari segi keselamatan dan kesihatan.


Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JTKSM Mohd Asri Abd Wahab, situasi itu amat membimbangkan terutama dalam usaha kerajaan memerangi isu buruh paksa serta meningkatkan keupayaan pengurusan perburuhan negara.


"Setiap kali operasi banteras dilakukan, kita dapati kegagalan mematuhi Akta 446 merupakan kesalahan utama majikan, iaitu kegagalan menyediakan penginapan yang kondusif untuk didiami manusia sedangkan jumlah pekerja asing yang digajikan adalah ramai," katanya kepada Bernama.


Pindaan Akta 446 yang dikuatkuasakan pada 1 Jun 2020 merentasi semua sektor. Sebelum ini akta itu hanya terpakai untuk sektor perlombongan dan perladangan.


Media sebelum ini turut melaporkan hingga Disember tahun lepas, 50 peratus daripada 37,662 majikan masih belum mempunyai Sijil Perakuan Penginapan.


TAMBAH BAIK AKTA


Di bawah Seksyen 24D Akta 446, majikan dan penyedia penginapan berpusat boleh didakwa sekiranya gagal memperoleh Perakuan Penginapan daripada JTKSM.


Menurut Mohd Asri, Perakuan Penginapan hanya akan dikeluarkan oleh JTKSM selepas majikan menyediakan penginapan yang mematuhi standard minimum mengikut Akta 446, antaranya ada bilik air dan tandas, katil, tilam, ruang dapur, ruang rehat, ruang makan, saiz keluasan lantai bilik tidur yang sesuai serta utiliti.




Foto: AWANI







"Jika gagal, majikan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 manakala penyedia penginapan berpusat boleh didenda RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya," kata beliau.


Mohd Asri berkata JTKSM dalam proses meminda akta sedia ada dengan memasukkan peruntukan yang termaktub dalam Ordinan Darurat 2021.


Pindaan ini antara lain akan memberikan kuasa kepada Ketua Pengarah untuk mengeluarkan arahan mengganti, mengubah suai atau membaiki perumahan mahupun penginapan pekerja yang dianggap tidak kondusif dan tidak selamat untuk didiami, katanya.

11 INDIKATOR


Kerajaan menurut Mohd Asri, serius dalam menangani isu kebajikan pekerja asing seperti yang ditunjukkan menerusi pembaharuan ratifikasi Protokol 29 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) yang ditandatangani oleh Malaysia pada 21 Mac lepas di Geneva, Switzerland.


Protokol 29 merupakan protokol tambahan kepada Konvensyen Buruh Paksa (Konvensyen 29) yang diratifikasi Malaysia pada 1957.


Malaysia merupakan negara ke-58 menandatangani konvensyen itu sebagai komitmen memerangi buruh paksa dalam semua bentuk termasuk pemerdagangan manusia.


Menurut Mohd Asri, ILO menggariskan 11 indikator buruh paksa, termasuk kesalahan majikan menahan dokumen pengenalan diri pekerja, iaitu majikan memegang pasport dan dokumen peribadi tanpa kebenaran dan persetujuan pekerja, serta majikan yang melakukan isolasi terhadap pekerja di lokasi yang sukar dihubungi atau dikesan.


"Begitu juga majikan yang melakukan penyalahgunaan kerentanan yang mana pekerja yang kurang pendidikan, miskin dan tiada tempat bergantung cenderung terdedah kepada perkhidmatan paksa.


"Ramai majikan yang tidak mengambil berat tentang tempoh bekerja dan jenis pekerjaan yang dilakukan pekerja selagi diberikan tempat tinggal dan makanan, menyebabkan majikan mengambil kesempatan dengan tidak membayar upah atas kerja yang dilakukan," katanya.


Berdasarkan indikator yang digariskan oleh ILO, JTKSM akan meneruskan aktiviti pemeriksaan dan penguatkuasaan terhadap aduan yang diterima berkaitan dakwaan buruh paksa di semua sektor pekerjaan bagi memastikan jenayah itu dapat ditangani, dibendung dan dibanteras sehingga ke akar umbi.

TAMBAH PEMERIKSA BURUH


"engukuhan perlu dilakukan sama ada melalui operasi atau pemantauan berkala yang mana pihak majikan perlu menyediakan laporan kesejahteraan pekerja kepada pihak berkuasa.


"Namun mekanisme bagi membendung dan mengawalnya hendaklah adil bukan sahaja kepada pekerja tetapi juga majikan menurut lunas undang-undang," katanya.


Selain itu, beliau berpendapat pendekatan aduan juga perlu dipertingkatkan lagi untuk memudahkan penyaluran maklumat kepada pihak berwajib khususnya JTKSM.


Ini termasuk penyediaan platform digital seperti aplikasi aduan atau mewujudkan pusat sehenti seperti kios di kawasan tumpuan industri bagi membantu memudahkan pekerja membuat aduan apabila berlaku penyalahgunaan dan penganiayaan ke atas mereka.


"Jika diperhatikan, masalah buruh paksa biasanya berlaku dalam sektor atau bidang pekerjaan 'Dirty, Difficult and Dangerous' (3D), maka amat malang nasib pekerja warga asing ini jika tiada tempat atau saluran yang sesuai untuk mereka mengadu sekiranya majikan mereka menyalahgunakan mereka.


"Dari segi penguatkuasaan pula, pihak kerajaan perlu menimbang cadangan mempertingkat keupayaan penguatkuasaan seperti yang disyorkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia agar bilangan pemeriksa buruh dapat ditambah," katanya.


Media sebelum ini melaporkan hanya terdapat kira-kira 400 pemeriksa buruh di seluruh negara dan jumlah itu dilihat tidak mencukupi dalam memantau syarikat bagi menangani isu penyalahgunaan buruh paksa tersebut.


Katanya, media juga perlu bersama-sama membantu mendedahkan kes-kes majikan yang menyalahgunakan tenaga kerja asing dalam negara bagi meningkatkan kesedaran isu buruh paksa dalam kalangan pekerja, majikan dan masyarakat umum.


Selain itu, kerjasama berterusan dalam kalangan negara ASEAN perlu diperkukuhkan lagi bagi mengatasi isu buruh paksa dan pemerdagangan manusia dari negara sumber di rantau ini, katanya. -CARI


Sumber: Awani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutlah orang tempatan tidak mahu berkerja dengan majikan-majikan ini.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 10:41 AM | Show all posts
kesiannya lah..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 10:46 AM | Show all posts
ada juga org local yg lemah fikiran join pendatang ini tinggal sana & kerja dgn pendatang....kasian
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
manzilla replied at 12-4-2022 10:38 AM
Patutlah orang tempatan tidak mahu berkerja dengan majikan-majikan ini.

...orng tempatan pemalas..tak nk dibuat cam hamba-majikan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 11:40 AM | Show all posts
manzilla replied at 12-4-2022 10:38 AM
Patutlah orang tempatan tidak mahu berkerja dengan majikan-majikan ini.

Yg i nmpk depan mata mostly malas. konar tang mna pn dok malas situ la. Dh malas choosey pulak. Bg keja kilang yg ada asrama (dh jimat sewa),mkn tghari free,epf socso medical suma cukop lengkap pn cabot lari. Payah katanya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2022 12:18 PM | Show all posts
We live in two different worlds.

It would be unrealistic to expect locals to work and live sama macam pekerja asing. Kalau nak hire locals, memang kena upgrade.

Untuk majikan, the choice is clear.


Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
kat negara dorang pun camtu juga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya…
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Cer gi Dhaka.. street dia.. kedai dia.. kilang dia..cam tu jugak. Why to expect tinggi?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Pekerja asing mmg pengotor walau duduk banglo dan istana
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 02:43 PM | Show all posts
ninja boy replied at 12-4-2022 02:25 PM
Pekerja asing mmg pengotor walau duduk banglo dan istana

pernah lawat rumah colleague dulu. dia department lain la.

sebelah ni masak, sebelah dapur tu, pintu stor. bila bukak pintu stor, barang bertindih, dan ada seluruh generasi keluarga tikus kat situ. aku nak pengsan wey
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 04:10 PM | Show all posts
Majikan nak jimat kos biarkan pekerja pandai2 sendiri nak hidup cam tu ler hasilnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.132415 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list