CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 611|Reply: 11

[Tempatan] 39 pengawal keselamatan sekolah tidak terima gaji tiga bulan

[Copy link]
Post time 12-4-2022 01:26 PM | Show all posts |Read mode
39 pengawal keselamatan sekolah tidak terima gaji tiga bulan

https://www.utusan.com.my/nasion ... ma-gaji-tiga-bulan/

Oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
12 April 2022, 12:34 pm


RAMLI Bakar (baris hadapan, lapan dari kiri) dan Mohamad Afif (barisan hadapan, enam dari kiri) pada Majlis Sumbangan Ramadan dan Serahan Kutipan Dana Kilat dari pihak AMK Negeri Sembilan di Port Dickson semalam. - FOTO/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

PORT DICKSON: Ketika ramai sudah mula melakukan persiapan untuk menyambut Aidilfitri, namun berbeza bagi 39 orang pengawal keselamatan sekolah di daerah ini yang kini berdepan kesulitan.

Ia apabila kesemua mereka masih belum menerima gaji masing-masing selama tiga bulan bermula Januari lalu dari syarikat tempat mereka bekerja.

Malah mereka juga mendakwa, pihak majikan turut culas membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pengawal-pengawal keselamatan terlibat.

Wakil kumpulan pengawal keselamatan berkenaan, Ramli Bakar, 50, berkata, kesemua mereka terjejas merupakan pengawal keselamatan di sembilan buah sekolah termasuk sekolah menengah dan rendah serta sekolah berasrama di daerah ini.

“Kami semua kini menghadapi masalah kewangan, ada yang perlu menanggung ahli keluarga yang sakit, ada terpaksa melakukan pelbagai kerja lain tanpa mengabaikan tugas hakiki sebagai pengawal keselamatan walaupun tanpa menerima gaji.

“Waktu sekarang memang sukar bagi kami, lebih-lebih lagi sekarang bulan Ramadan dan tidak lama lagi mahu menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mujur pihak sekolah membantu kami yang tidak mempunyai gaji ini dengan memberikan sumbangan hasil kutipan dana dari guru-guru,” katanya.

Dia berkata demikian dalam sidang akhbar pada Majlis Sumbangan Ramadan dan Serahan Kutipan Dana Kilat dari pihak Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan di sini semalam.

Sementara itu, menurut Ramli, pihaknya juga telah mengadukan isu berkenaan kepada pihak Jabatan Tenaga Kerja (JTK) pada 31 Mac lepas.

“Tahun lepas juga kami berdepan masalah tunggakan gaji dan kali ini berlaku lagi. Pelbagai alasan dan janji diberikan namun kami masih belum menerima tunggakan gaji yang melibatkan kira-kira RM7,000 setiap seorang pengawal keselamatan terlibat.

“Kami juga telah menghubungi pihak majikan namun, masih tidak dapat menyelesaikan isu ini. Pada 7 Mac lalu, saya dan rakan lain turut pergi ke ibu pejabat majikan di Selayang, Selangor namun mereka masih gagal menjawab kesemua persoalan kami.

“Bagaimanapun, pihak majikan ada menghantar memo melalui aplikasi WhatsApp baru-baru ini yang memaklumkan bahawa akan membayar tunggakan gaji kami selewat-lewatnya 21 April ini dan sekiranya mereka gagal, kami akan mengambil tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, wakil AMK Negeri Sembilan, Mohamad Afif Anuar berkata, pihaknya terpanggil membantu kumpulan pengawal keselamatan terbabit selepas melihat kesulitan yang dihadapi mereka.

“Selepas mengetahui isu ini, kami terus bertindak segera dengan melakukan kutipan sumbangan dalam kalangan ahli malah ia turut mendapat perhatian oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

“Mereka menghadapi waktu sukar dan ada keluarga yang perlu ditanggung. Alhamdulillah hari ini hasil kutipan tersebut kami dapat membantu serba sedikit dengan menyerahkan wang tunai dan barangan dapur yang diharap dapat meringan beban mereka,” katanya. – UTUSAN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 02:58 PM | Show all posts
masih lg berlembut ka?....mentang2 nk raya baru gelabah...cuba raya bulan 11....entah2 senyap je x dpt gj 10 bulan...g tros pej buruh...apeda
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 04:38 PM | Show all posts
Tak ada yang berani nak buat lapuran takut dibuang kerja ke macam mana.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian abg2 guard ni...hope drg dpt gaji spt yg dijanjikan...nk raya da ...depa pun ada family nk sara..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian…..kes naya
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Penaya org btol. Simpati sgt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2022 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya depa..
tak dpt bayang kalo x dpt gaji
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 10:49 PM | Show all posts
naya kena mcm ni
dah lah kerja smpi 12 jam pastu cuti seminggu sekali je
hari cuti pulak mcm tak cuti habis dgn tidur je
bangun2 hari dah nak malam pastu pagi esok nak gi kerja semula

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian diorg
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya. smpai 3 bln xdpt gaji nk mkn ape wey. yg ade ank bini lg la. ape la aniaya org mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya. Kejam dan tak berperikemanusiaan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan diorg dan dapat lah gaji tertunggak tu semua sebelum Raya. Aamiin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.058848 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list