CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1140|Reply: 18

Lelaki Bawa Parang Pergi Masjid, Mengamuk Dikejut Sahur Guna Pembesar Suara

[Copy link]
Post time 12-4-2022 02:02 PM | Show all posts |Read mode
BATAM: Seorang lelaki membawa parang panjang ke masjid untuk mengugut jemaah yang mengejutkan penduduk bangun bersahur menggunakan pembesar suara.


Kejadian itu berlaku di Batam, Kepulauan Riau kelmarin sehingga menyebabkan si pelaku ditahan polis bagi membantu siasatan.


Ketua Polis Lubuk Baja, Budi Hartono memaklumkan, suspek mendakwa tidurnya terganggu selepas jemaah mengejutkan penduduk setempat untuk bangun bersahur menggunakan pembesar suara masjid.



Foto: Agensi




“Suspek mengakui membawa senjata tajam ke masjid untuk mengugut jemaah supaya tidak terlalu bising sehingga mengganggu tidur orang lain.


“Dia malah mengakui tidak mempunyai niat untuk mencederakan mana-mana pihak, cuma mahu beri amaran,” katanya seperti yang dilapor Kompas.com.


Dalam pada itu, Budi menyatakan kes itu sudah diselesaikan antara suspek dengan pihak pengurusan masjid.


Katanya, kedua-dua pihak sudah berbincang dan saling bermaafan.


Kes itu mula mendapat perhatian selepas video suspek membawa senjata tajam ke masjid menjadi tular dalam media sosial.


Dalam video berdurasi 1.55 minit itu, kelihatan seorang lelaki masuk ke dalam masjid sambil mengacukan parang dan memaki hamun jemaah.


Bagi menenangkan keadaan, jemaah cuba berunding dengan suspek dan memintanya menurunkan senjata, namun si pelaku enggan bertolak ansur.


Disebabkan itu, berlaku pergelutan antara beberapa jemaah dan suspek sebelum keadaan kembali reda.


Selepas itu, penduduk setempat menghubungi polis dan suspek ditahan. -CARI


Sumber: Utusan Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
over sangat nak beribadah sampai ganggu orang lain..jangan samakan masa kita dgn masa orang..kita mungkin dah siap bangun sahur pukul 4,5 pagi tp orang lain baru nak lelap
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 04:16 PM | Show all posts
Nasib tak ada yang kena tetak
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 05:45 PM | Show all posts
Bila org ingat agama boleh halalkan segala benda tindakan diaorg. Satu lagi contoh adalah ketika solat tarawih pasang speaker luar masjid dari 9 malam hingga 10:30 malam.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 05:57 PM | Show all posts
Sensitip benda2 cenggini.. kalau setuju dgn brader tu dicop liberal, kalau tak setuju dikata extermist.  Common sense pun kadang bagus juga di guna pakai.. kalau large majority perlukan then ok kot to proceed, kalau small majority atau minority kenalah tengok keadaan.

Tapi yang aku hangin adalah orang solat jumaat, datang lambat double/triple park.. pastu buat solat sunat & doa panjang lepas habis jumaat... sudahnya jalan jem disebabkan kete dia park tengah2 jalan.  Kena pikir gak, ada orang memang nak kena balik cepat atas sebab2 masing2...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Batam ni bawah Singapore ja tapi dia ikut time zone 1 hr behind macam Danok, Thailand. Berbuka lebih kurang JB tapi atas jam 1 hr early. Means pukul 4 dah kena bangun sahur.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2022 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Itzy at 12-4-2022 06:22 PM
_kelly: over sangat nak beribadah samp ...

samalah macam kristen kat barat, katanya kena ikut budaya setempat majoriti, umat islam kena buang hijab, so kena la terima azan laungan, orang putih aktor terkenal hollywood pun kata dia suka dengar azan pagi2 subuh, minggu pertama je dia kata tak suka pastu dia kata seronok tenang sangat dengar azan. Yg indon ni nampak sangat hati dah keras cam batu ni, susah dah nak lut dengan azan sebab selalu gomol air setan dan daging pork. Apatah lagi bila setan dok selimut dia dengan kulit babi tebal mana tak syok tidur. Harus diingat setan kecil belum diikat, yang kena ikat ketua2 setan je.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
adan uke kena ugut dengan parang...ko sahur2 ni elok tahajud, tadabur quran bukan bergendang gendut konon2 niat baik nak kejut orang bangun sahur...

pandai2lah masing2 nak bangun sahur aduhyai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 10:16 PM | Show all posts
surau kt sini pun takde dah jerit kuat2 masa azan. kena komplen agaknya dgn management sbab sini bukan smuanya muslim blok surau tu atas tu semua bangsa ada..kadang bila azan siap jerit ditambha volume up tak beretika jadinya. ada sorg muazzin merangkap jkkk kemain kuat dia up volume lepastu siap jerit sora dan alunan pulak tak sedap bila dia azan..rasa nk ckp je kt dia bgi je org lain azan.

skian luahan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Itzy replied at 12-4-2022 06:20 PM
samalah macam kristen kat barat, katanya kena ikut budaya setempat majoriti, umat islam kena buang  ...

Byk org islam je mengalah. Sadly, org islam sendiri pon setuju dgn brader ni mengamuk. Bestnya hidup zmn 80an 90an pg2 org pukul beduk kejut sahur.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 12-4-2022 10:16 PM
surau kt sini pun takde dah jerit kuat2 masa azan. kena komplen agaknya dgn management sbab sini buk ...

Klau smpai menjerit2 mmg melampau. Ckup la azan mcm biasa je. Betul la dah betul2 akhir zmn. Dlu selalu dgr cina india marah org azan. Nowadays melayu pon dah start komen bising azan pg2, semua ada hak privacy etc
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Sana pakai speaker naik moto pekik2 kul 3 pagi. Ada pakai drum round kampung datang dekat dinding orang pukul drum atau tin minyak tanah tu. Klu aku dah pakai bom dah bukan parang lagi . Biasa yang memekak ni budak2 dlm 17/18 tahun. Seronok buat bising kejut orang bangun.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rosmahisham at 12-4-2022 11:01 PM

Aku x suka setengah tempat kat Mesia ni azan kul 5 pg..azan pertama katanya nk gerak org solat subuh? Aku tgh solat tahjud kdg2 terganggu..azan zohor, asar ,magrib, isyak pandai pulak rendahkan volume..kul 5 kemain kuat! Klu ngaji aku x kisah lagi...klu nk puasa sunat tu tgh mkn kdg2 tkejut juga bilà dgr azan..jd was2 jgk.kita dh la bgun tu byk benda nk buat igtkn betul2 la dh hbs waktu..ni time posa ank2  bangun sahur kata eh dh x leh mkn lah..dh azan..pdhal baru kul 5..ish leh meroyan kdg2 tp takot dosa hu hu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by matbad at 12-4-2022 11:05 PM
rosmahisham:  Edited by rosmahisham at 12-4 ...

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 11:08 PM | Show all posts
pernah tengok kat utube ummah leluhur, diorang jerit2 sahur sahur guna loud speaker pepagi buta. Tak senang yach orang nak tido. Tau lah orang nak bangun kol berapa khuenz.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
_kelly replied at 12-4-2022 02:04 PM
over sangat nak beribadah sampai ganggu orang lain..jangan samakan masa kita dgn masa orang..kita mu ...

Kan..ada setgh org mcm ni la perangai..konon nk pahala lebih padahal menyusahkan org. Pandai la org nk bangun sahur pukul brp pun...sama mcm kes kt msia yg suka baca quran pakai loud speaker masa bulan posa pagi2 lps subuh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 12-4-2022 11:15 PM
Kan..ada setgh org mcm ni la perangai..konon nk pahala lebih padahal menyusahkan org. Pandai la or ...

ya..kalau kita tegur siap kena maki macam2
ingat lagi kisah 2 tahun lepas pasal cikgu/lecturer pompuan tegur jemaah surau depan rumah dia bising pakai speaker luar..habis kena kecam ngan netizen semua..pdahal dah jadi gangguan org nak online class/meeting
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Itzy replied at 12-4-2022 06:20 PM
samalah macam kristen kat barat, katanya kena ikut budaya setempat majoriti, umat islam kena buang  ...

datang dah terpaling warak bagi komen non muslim syok dengar azan pepagi..artikel ni sebut pasal bising gerak org bangun sahur..orang lain bukan kerja normal hours macam uols boleh lena pukul 10 bangun pukul 4pagi..ada yang pukul 4 pagi baru balik kerja..koser acah2 taliban sgt
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 05:35 AM | Show all posts
kat tempat aku ni dulu,
surau siap pasang lagu nasyid, 1 jam sebelum start azan solat jumaat.

sekarang dah takde dah,
mungkin time tu tok siak semangat lebih, nak testing speaker baru.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.466500 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list