CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 924|Reply: 13

[Politik] Yayasan Akalbudi tidak diguna untuk tujuan peribadi – Ahmad Zahid

[Copy link]
Post time 13-4-2022 03:18 PM | Show all posts |Read mode

Ahmad Zahid ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.


Yayasan Akalbudi tidak diguna untuk tujuan peribadi – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, beliau tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak menggunakan dana Yayasan Akalbudi untuk tujuan peribadinya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri sebaliknya berkata, beliau yang bertanggungjawab menanggung perbelanjaan badan amal itu sejak awal penubuhannya pada 1997.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, sebahagian besar pendapatannya ketika berkhidmat dalam dunia korporat sekitar tahun 90-an, disalurkan untuk kegunaan yayasan itu bagi melaksanakan aktiviti kebajikan termasuk sedekah, infak, wakaf dan amal jariah.

Ujarnya, daripada pendapatan berjumlah RM120,000 sebulan (ketika itu) termasuk gaji, elaun dan bonus daripada lima buah syarikat, beliau hanya menggunakan kira-kira RM40,000 untuk kegunaan sendiri dan keluarga manakala selebihnya disalurkan ke dalam yayasan itu.

Beliau berkata, sewaktu berkhidmat dalam kerajaan, pendapatannya mencecah RM50,000 sebulan manakala simpanannya kini melebihi RM2 juta dalam akaun simpanan di Bank Islam.

Ahmad Zahid, 69, menyatakan demikian ketika membela diri terhadap 47 pertuduhan, 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Bekas Timbalan Perdana Menteri membacakan pernyataan bertulisnya ketika memberi keterangan dari kandang saksi pada hari pertama perbicaraan.

Prosiding pemeriksaan utama dikendalikan oleh peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Jumaat ini.- KOSMO! ONLINE


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... ribadi-ahmad-zahid/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2022 03:18 PM | Show all posts
abis yg beli MINI COOPER apa cerr?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada bersirim tak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kot ye pun bg la pihak yg betauthoriti bg statement. Auditor ker.

Masalahnya ada ke org yg makan taik mengaku dia makan taik?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Buktikan......
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2022 04:45 PM | Show all posts

Sumbat je 2-2 dalam 1 sel.. Cam komeng dan kuncu2nya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesuci di embun pagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2022 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee replied at 13-4-2022 04:45 PM
Sumbat je 2-2 dalam 1 sel.. Cam komeng dan kuncu2nya.

Dah sama2 menyonglap kann..sahabat susah senang sehidup semati giteww..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 04:19 AM | Show all posts
melaksanakan aktiviti kebajikan termasuk sedekah, infak, wakaf dan amal jariah.


amboii.....kumpul pahala ke wak
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 05:52 AM | Show all posts
Iyalah tu zahidd oiiii, fakta semua dah dibentangkan kat court ko nak menipu siapa zahid oiiii
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 09:20 AM | Show all posts
habis yg k long nk guna duit yayasan beli hotel bali tu apa cerr....kalau utk investment yayasan letak la nama yayasan masalahnya nk beli guna duit yayasan tp S&P kena letak nama k long..byk cantik...deal tu x jd sebab pihak yg nk jual share tu tak jadi jual sbb x agree letak nama k long...ni insider story
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 10:47 AM | Show all posts
juruterra replied at 14-4-2022 09:20 AM
habis yg k long nk guna duit yayasan beli hotel bali tu apa cerr....kalau utk investment yayasan let ...

pastu minah ni pepura sesuci embun....propa je lebih.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Letih dah aku carutkan dia ni..moga cepat2 gol bulan posa doa makbul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.330557 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list