CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 772|Reply: 5

[Tempatan] Empat rumah musnah dalam kebakaran awal pagi

[Copy link]
Post time 14-4-2022 12:10 PM | Show all posts |Read mode
Empat rumah musnah dalam kebakaran awal pagi
Oleh KHUZAIRI ISMAIL
14 April 2022, 11:46 am


SEBANYAK empat buah rumah musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Kuala Muda, Penaga, Pulau Pinang awal pagi tadi.

KEPALA BATAS: Sebanyak empat buah rumah penduduk musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Kuala Muda, Penaga dekat sini hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 6.49 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kebakaran membabitkan empat rumah kelas B yang terletak bersebelahan yang setiap satunya berkeluasan kira-kira 56 meter persegi.

“Peratusan kebakaran keseluruhan adalah dianggarkan 80 peratus dan api telah dapat dikawal pukul 7.18 pagi.

“Kerja-kerja pengawalan dan pemadaman masih dijalankan dengan dibantu oleh pasukan bomba sukarela berdekatan. Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Operasi itu membabitkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Muda; Kepala Batas dan Bertam. – UTUSAN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2022 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh kesian.. mmg atas tu kosong xde perabut ke atau da musnah kne bakar..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 03:04 PM | Show all posts

"Hang Biar Jela Mak Mati Dalam Rumah Terbakar"

Kepala Batas: "Biar mak mati dekat sini, hang (awak) pi (pergi) keluar selamatkan diri dengan anak," kata Che Sayang Endut, seorang daripada empat mangsa kebakaran di Kampung Kuala Muda, Penaga di sini, pagi tadi, kepada anaknya.


Terdahulu, pada kejadian jam 6.40 pagi itu, empat rumah dua tingkat berstruktur kayu di kawasan berkenaan terbakar ketika penghuninya selesai menunaikan solat Subuh.


Che Sayang, 74, berkata, dia yang baharu selesai membaca al-Quran menggeletar selepas anak perempuannya yang berusia 48 tahun memaklumkan bahawa rumah mereka disambar api.




Foto: Harian Metro




"Saya menggeletar sehingga tak mampu hendak berjalan. Saya minta anak tinggalkan saya di rumah ini kerana tahu kudrat anak juga tidak kuat. Saya hanya berserah kepada Tuhan.


"Tetapi anak perempuan dengan dibantu cucu perempuan berusia 28 tahun berusaha dengan heret saya keluar sedangkan api ketika itu marak," katanya ditemui di lokasi.


Menurutnya, dia kemudiannya dibawa ke rumah jiran sebelum anak-anaknya yang lain tiba.


"Saya tidak dapat hendak selamatkan apa-apa dan tinggal sehelai sepinggang kecuali naskah al-Quran sahaja yang masih elok.


"Kejadian ini betul-betul mengejutkan namun saya bersyukur kepada Allah SWT kerana masih dipanjangkan usia," katanya.


Sementara itu, hasrat sebuah keluarga dekat situ berkumpul beramai-ramai bagi menyambut Aidilfitri di rumah pusaka dua tingkat berusia lebih 80 tahun berkecai apabila kediaman itu turut musnah dijilat api.


Nor Azian Ariffin, 46, longlai selepas dihubungi jirannya yang memaklumkan rumah pusaka itu terbakar dengan kerugian ditanggung kira-kira RM100,000.


Katanya, dia yang tinggal di Kampung Dua Puluh yang terletak tidak jauh daripada rumah pusaka keluarganya akan datang ke kediaman berkenaan untuk membersihkannya walaupun ia tidak dihuni sesiapa.


"Kali terakhir, rumah ini didiami arwah ibu saudara saya yang meninggal dunia Ogos tahun lalu.


"Walaupun saya dan adik-beradik lain tidak tinggal di rumah ini namun kami menjaga baik kediaman peninggalan nenek moyang ini, termasuk sentiasa menjenguk arwah ibu saudara sehingga dia meninggal dunia.


"Saya terkejut apabila dimaklumkan rumah ini terbakar. Tambahan pula, kami baharu sahaja menghabiskan banyak wang bagi mengecat rumah termasuk membaik pulihnya untuk kami berkumpul pada Aidilfitri ini," katanya.


Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kebakaran jam 6.49 pagi.


"Ketika tiba, kami dapati empat rumah musnah terbakar sebelum melakukan kerja pemadaman.


"unca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 03:43 PM | Show all posts
Alahai kesiannyaaa. rumah terbakar nak raya ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 04:06 PM | Show all posts
rumah colop dulu terbakar seminggu sebelum raya...tuhan je yg tau perasaan time tu..hanya dpt selamatkan motor buruk ayah punya je tu pun sebab ternampak ada org yg bawak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 04:10 PM | Show all posts
Rumah lama macam tu selalunya ada masaalah pendawaian mudah menyebabkan kebakaran
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.347698 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list