CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 331|Reply: 0

[Dunia] PM Britain guna isu imigran elak kritikan langgar kuarantin

[Copy link]
Post time 14-4-2022 10:46 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 14-4-2022 06:47 AM

PM Britain guna isu imigran elak kritikan langgar kuarantin[size=14.399999618530273px]April 14, 2022 @ 2:59am




Poster dibawa penunjuk perasaan mendesak Perdana Menteri Britain meletak jawatan di luar pintu masuk kediaman rasmi beliau di London. - AFP



LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson hari ini dikatakan cuba mengalih perhatian kepada isu pendatang tanpa izin untuk mengatasi desakan kemarahan supaya dirinya meletak jawatan selepas didenda kerana melanggar peraturan kuarantin kendiri COVID-19.

Johnson didenda di bawah peraturan diperkenalkan kerajaannya kelmarin, kerana menghadiri perhimpunan di pejabat Downing Street untuk sambutan hari lahirnya pada Jun 2020.

Ahli politik pembangkang berkata, ia kali pertama seorang perdana menteri yang sedang berkhidmat melanggar undang-undang dan menuntut Johnson untuk berhenti.
Bagaimanapun, Johnson menolak desakan itu dan pengkritik dalam Parti Konservatifnya sendiri berkata, krisis di Ukraine adalah masa yang salah untuk menggantikannya.

Dalam ucapan hari ini, beliau akan cuba mengalihkan tumpuan kepada menyasarkan pendatang tanpa izin, isu hangat sejak bertahun-tahun dan ia turut membantu kempen untuk Britain meninggalkan Kesatuan Eropah (EU).

Pejabatnya berkata, Johnson akan mengumumkan rancangan untuk menangani kumpulan penyeludup manusia dan meningkatkan operasi British di Selat.
Tahun lalu sahaja, lebih 28,000 pendatang dan pelarian menyeberang dari Eropah ke Britain dengan kebanyakannya menaiki bot kecil.

Katanya, Setiausaha Dalam Negeri, Priti Patel juga akan mengumumkan butiran 'perkongsian penghijrahan dan pembangunan ekonomi yang pertama di dunia' dengan Rwanda.

"Sebelum Krismas, 27 orang mati lemas dan dalam minggu-minggu hadapan mungkin lebih ramai lagi kehilangan nyawa mereka di laut, malah mayat mereka mungkin tidak akan pernah ditemui.

"Kira-kira 600 orang menyeberang Channel semalam. Hanya dalam beberapa minggu ini ia boleh mencapai 1,000 sehari," katanya.
Beliau turut bersetuju menerima pendatang itu mencari kehidupan lebih baik, tetapi impian mereka dieksploitasi oleh penyeludup manusia yang keji.

"Jadi sepertimana Brexit membenarkan kami mengambil semula kawalan imigresen yang sah dengan menggantikan pergerakan bebas dengan sistem berasaskan mata kami, kami juga mengambil semula kawalan pendatang haram, dengan rancangan jangka panjang untuk suaka di negara ini," katanya.

Sebelum ini cadangan supaya tentera laut British menghalau pulang bot ditolak oleh pihak tentera, selain turut melihat kepada usaha menempatkan pencari suaka di pelantar minyak tidak digunakan, atau di negara seperti Moldova, Papua New Guinea dan wilayah luar negara terpencil di selatan Atlantik. - AGENSI






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.056731 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list