Seorang lelaki dikenali sebagai Budi Setiawan berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah keluarganya memaparkan seorang lelaki berbaju biru dan berseluar pendek dengan selamba masuk sambil memegang sebatang kayu.
Berkongsi rakaman tersebut di TikTok, kata Budi, dia mendakwa keluarganya terlebih dahulu dipukau hingga menyebabkan mereka sama sekali tidak menyedari seorang lelaki masuk ke dalam rumah dengan niat untuk merompak.
Pun begitu, apabila seorang kanak-kanak perempuan masuk dengan membawa seekor kucing situasi bertukar kelam-kabut apabila mendengar jeritan 'maling' daripada seorang lagi anak pasangan tersebut.
Pada bahagian ruangan komen, Mega Susanti menjelaskan keluarga itu menyedari kehadiran lelaki asing tersebut kerana kucing yang dibawa masuk itu membatalkan pukau yang sudah dibuat oleh perompak tersebut.
Kata Mieya pula, pukau hanya akan berhasil apabila rumah terbabit tidak mempunyai haiwan peliharaan seperti ikan atau kucing. Pukau sama sekali tidak berhasil sekiranya ada binatang itu ada dalam rumah.
Menerusi video kedua, Budi menunjukkan paparan rakaman luar rumah yang menunjukkan lelaki tersebut terlebih dahulu seolah-olah melakukan membaca sesuatu sebelum tiba-tiba memasuki rumah berkenaan.
Budi turut mengingatkan pengikutnya agar sentiasa berhati-hati kerana masih ada segelintir individu yang sanggup melakukan apa saja demi wang.
Bagaimanapun, netizen terus tertanya-tanya apa yang berlaku terhadap lelaki terbabit sama ada sudah ditangkap atau sebaliknya. - CARI
|