CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 454|Reply: 0

Melaka tuan rumah Kejohanan Silat Dunia 2022

[Copy link]
Post time 16-4-2022 02:13 PM | Show all posts |Read mode

Megat Zulkarnain Omardin - Foto Bernama

KUALA LUMPUR- Melaka dipilih sebagai tuan rumah Kejohanan Silat Dunia 2022 yang dijadual berlangsung pada 21 hingga 29 Julai di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.

Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata keputusan tersebut dicapai pada mesyuarat exco badan induk itu petang tadi.

"Pihak urus setia sudah dihantar untuk melihat keadaan venue tersebut dan merasakan MITC adalah bersesuaian untuk penganjuran kejohanan itu.

"Jadi kami telah melakukan tempahan awal berhubung venue kejohanan berkenaan," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa PESAKA di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Megat Zulkarnain berkata pada mesyuarat itu, barisan exco turut memutuskan penganjuran Festival Silat Seni Antarabangsa di Kuala Lumpur, bersempena dengan Kejohanan Silat Dunia 2022.
"Festival itu akan diadakan pada 21 hingga 24 Julai dan penganjurannya seiring dengan pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang mengiktiraf silat kita sebagai Senarai Wakil Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan.

"Untuk memastikan pengiktirafan itu kekal, kita bersetuju untuk mengadakannya di Kuala Lumpur dengan penyertaan pelbagai negara yang mengambil bahagian. Selain mempromosi silat, paling penting kita dapat mempertahankannya sebagai satu daripada elemen seni budaya kita," katanya.

Beliau turut memaklumkan 32 negara telah menghantar penyertaan untuk menyertai Kejohanan Silat Dunia serta festival silat berkenaan.

"Sambutannya amat baik apabila negara seperti India, Pakistan, Kazakhstan akan turut serta. Malah Uzbekistan turut memohon untuk berada sebulan sebelum kejohanan itu diadakan untuk berlatih bersama-sama," katanya.

Kejohanan Silat Dunia sepatutnya diadakan pada 2020 dengan Sarawak sebagai lokasi penganjuran, sebelum ditunda berikutan pandemik Covid-19. - Bernama


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... an-Silat-Dunia-2022
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.112066 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list